Thursday, August 12, 2010

Tutorial : Baby Booties and Sneakers

Salam Semua. Rasanya belum terlambat lagi Utk Angah ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Bulan Ramadhan ni ada free time sikit, jadi Angah uploadkan tutorial ni. Ini first time Angah buat tutorial, jadi rasanya ada bnyk cacat-cela. Minta maaf banyak2 yer. Tutorial yg angah buat ialah Baby Booties, slalunya utk baby Girl and Baby Senakers slalunya utk Baby Boy tapi terpulang pada citarasa masing2.

Kat bawah ni ialah tutorial utk membuat Baby Booties. Peralatan yg diperlukan seperti berikut :

1. Sugar Glue (cara membuat sila rujuk Cake kow how - CMC)
2. Icing Sugar
3. Rolling Pin
4. Flower Plunger
5. Embosser
6. Pizza Cutter
7. Fondant (warna ikut suka sendiri)
8. CMC (utk tukar fondant kpd gum paste/modelling paste -Cake know how - CMC)
9. Nozzle no 6

1. Untuk nk dptkan templete ni sila klik link kat bawah ni:
http://www.cakecentral.com/modules.php?name=gallery&file=displayimage&pid=574533
Setelah print templete ni Angah fotostat and besarkan sebnyk 60%. Lepas tu Angah leminatekan utk tahan lebih lama dan blh pakai banyak kali. Potong ikut bentuk.

2. Rollkan gum paste/modeling paste dan jangan terlalu nipis. Acukan templete bentuk tapak dan potong. Utk tapak sebelah lagi terbalikkan jer templete tu.



3. Rollkan gum paste yg selebihnya utk bhgn badan pula. Jgn terlalu nipis kerana akan susah utk membentuknya nanti. Potong ikut bentuk templete.


4. Tekapkan embosser pada gumpaste utk dpt corak yg diinginkan. Ini terpulang kepada kreativiti masing-masing.



5. Terbalikkan gumpaste tadi dan buatkan sedikit lipatan pada keliling bhgn luarnya. Step ni utk dapatkan kemasan yg cantik. Kalau tak buat pun tak apa.



6. Terbalikkan gum paste tu pada keadaan asal dan buat lubang pada tempat yg bertanda C dan D. Lubang blh dibuat dgn gunakan batang berus jer atau guna nozzle no 6.


7. Sapukan sugar glue pada bhgn B dan lekatkan atau satukan dgn bhgn A. Sokong bentuk ni dgn tisu


8. Temukan plak C dan D. Klau tengok kat gambar ni bentuk booties Angah mcm lembik sikit. Sebabnya gum paste tu Angah roll nipis sgt. Jadi ingat yer nak dapat bentuk yg cantik rollkan tebal sikit.


9. Kemudian sapukan sugar glue pada tapak booties dan lekatkan bhgn badan atau bhgn atasnya. Klau ada buat lipatan seperti dlm step 5 blh gunakan ball tool utk lebih memudahkan sambungan ni. Step ni kena buat dgn kadar segera sebab klau lama sgt akan berlaku keretakan pada gum paste.



10. Lepas dah puas hati dgn bentuknya kita trim plak tapak yg berlebih-lebih dgn pisau yg tajam utk nampak lebih kemas.

11. Buatkan dua bunga sebagai butang.

12. Dan lekatkan butang ni pada bhgn C dan D tadi.
AND.......VOALA.......Dah siap.......
Baby Botties ni blh dihias dgn berbagai-bagai cara. Terpulang kepada kreativiti masing-masing.
Tapi asasnya adalah seperti step2 diatas.

Kat bawahn ni plak tutorial utk Baby Sneakers. Peralatan2 yg di perlukan :


1. Rolling pin
2. Sugar Glue (cara membuat sila rujuk Cake Know How - CMC)
3. Icing sugar (shaker)
4.CMC/Tylose Powder
5. Stiching Tool/Wheel
6. Nozzle no 6 or 7
7. Pizza cutter
8. Fondant-2 warna (utk dijadikan modeling paste/gumpaste sila rujuk Cake Know How - CMC)
9. Ball tool/veiner tool

1. Utk mendapatkan Templete baby sneakers ni plak klik link kt bawah ni : http://www.cakecentral.com/modules.php?name=gallery&file=displayimage&pid=1163795 .

Angah besarkan templete sebnyk 50 % . Templete ni angah laminatekan pas tu potong ikut bentuknya. Boleh dipakai banyak kali.


2. Rollkan modeling paste/gum paste utk membuat bhgn tapak. Jgn roll terlalu nipis. Biarkan agak tebal.


3. Potong tapak ikut bentuk templete. Utk tapak sebelah lagi terbalikkan jer templete tu.




4. Rollkan plak gumpaste warna biru utk bhgn lidah sneaker. Potong ikut bentuk templete. Ingat jgn roll terlalu nipis sbb nanti susah utk dibentuk.


5. Sapukan sugar glue pada bhgn depan tapak dan lekatkan bhgn lidah tadi. Letakkan tisu utk menyokong bentuk lidah.


6. Rollkan gumpaste biru utk bhgn badan/belakang sneaker. Potong ikut templete.


7. Kemudian templete diterbalikkan dan disambung potong dibhgn bawahnya.Bhgn bawah ni mestilah lurus. Di bhgn tengah atasnya mesti dibiarkan ada sikit ruang /gap. Jika tidak bentuk bhgn ni tak akan menjadi. Potong hingga dapat bentuk seperti dibawah ni.




8. Kemudian gunakan stiching tool/wheel utk dapatkan kesan jahitan seperti di templete.




9. Gunakan nozzle no 6 atau 7 utk membuat lubang tali kasut.



10. Sapukan sugar glue pd bhgn belakang tapak.



11. Dan lekatkan bhgn belakang pada tapak kasut. Adjust hingga anda puas hati dgn bentuk bhgn belakang ni.



12. Kemudian kasut ni dibalut dgn plastik cling film utk mengekalkan bentuknya. Ini utk memastikan bhgn yg bertemu tidak terbuka atau ternganga. Biarkan selama 15-20 minit. Sekiranya kehabisan cling Film mcm Angah guna jer Plastik biasa dan diikat getah dibelakangnya. Jgn ikat terlalu ketat.



13. Kemudian potong gum paste putih ikut bentuk templete no 4. Ia adalah utk bhgn hadapan/lidah kasut. Minta maaf ye. Bhgn ni angah terlupa ambil gambar sbb terlalu asyik mahsyok sendiri......hehehehe.....
Bhgn yg bulat tu bertemu dgn bhgn depan tapak sneaker dan yg lurusnya dilekatkan ke atas. Bhgn ni agak tricky sikit nk sambung. Kena hati-hati sikit. Sila rujuk gambar no 15 dan seterusnya.


14. Rollkan gum paste putih secara memanjang utk kemasan tepi sneakers.
Potong 2 bhgn. Satu bhgn ikut panjang belakang sneaker dan satu lagi bhgn ikut panjang bhgn depan.


15. Lekatkan kemasan tepi ni kat bhgn belakang sneaker dahulu.




16. Kemudian lekatkan pula kemasan tepi bhgn hadapan.




17. Rollkan gum paste putih secara memanjang dan potong mengikut panjang yg diperlukan. Ini utk membuat tali kasut.Kat sini Angah ada termiss satu step.
Di bhgn lidah sneaker ni sepatutnya dibuat tali kasut bersilang. Gum paste putih tu disilangkan pada bhgn lidah supaya dpt bentuk X atau pangkah.





18. Kemudian barulah dipasang tali kasut secara mendatar mengikut lubang2 yg ada.



19. Kemudian dibuat pula simpulan tali kasut. Apabila sudah kering barulah dilekatkan kepada tali kasut yg telah dipasang pada sneaker..


20. Rollkan gum paste biru.Potong ikut tinggi belakang sneaker + 1 inci. Kemudian buatkan loop pada lebihan 1 inci tu macam dlm gambar kat atas.



21. Kemudian lekatkan pada bhgn belakang sneaker tu...
.........And........TADA....dah siap......

Angah harap you all faham tutorial ni. Klu tak faham blh e-mail kat Angah sebarang pertanyaan. Harap maaf jugalah sebab ada step dan gambar yang termiss. Kualiti gambar pn tak berapa memuaskan. Maklumlah first time buat tutorial ni. Insyallah Angah akan terus buat tutorial dari semasa ke semasa dan Angah akan buat yang lebih baik lagi. Dan Angah ucapkan.......
SELAMAT MENCUBA!!!!

Wednesday, August 4, 2010

Black & Purple









Semua kek dan cupcake ni di hias dlm masa 2 hari saja. Terror tak Angah.....hehehe....Terror ape? Kelam kabut juga lah mencari idea utk hiasan ni. Set cupcake dan kek ni ditempah oleh kak Yatie utk Pameran Pengantin di Pahlawan Mall. Kawan kepada kak Yatie ni Mak Andam. Dia org minta tolong kak Yatie buatkan. Tapi sebab kak Yati pun tgh sibuk dgn tempahannya...dia teringatkan Angah.....tapi no tel angah dia dah terhilang. Dia telefon sana sini
nak dapatkan no tel angah.
Nasib baik tengah tak busy. Kek tu sebenonye dummy jer. Dan temanya Black & Purple.
Ini first time angah dpt tema warna black....jadi teruja jugak la. Dan kak Yatie juga merayu-rayu minta tolong. Angah kata boleh tapi designnya yang simple-simple aje lah. Tak dapat nak buat bunga banyak-banyak sebab tak cukup masa. Nasib baik kak Yatie ada beli bunga gumpaste utk set hantaran cupcake. Klu tak.....fening kefala ana....hehehe...

Monday, July 5, 2010

Kuning Kebaya Nyonya ku





Kebaya cake anyone? Eerrmm....tak dapat pakai....dpt buat pn jadi la.....he...he...he....Maklum le badan angah ni bhgn pinggangnya dah hilang.....nampak lurus & lebar jer.
Kek kebaya ni Angah baru jer belajar buat. Klu ada sebarang pertanyaan call or e-mail kt Angah yer. Jgn malu-malu.

Pink Colour





Ketiga-tiga kek pink colour ni ditempah oleh kakak ipar angah, Kak Sue. Kek ni dia nak bagi pd kawan-kawannya. Mereka sume tu sukakan warna pink & suka lak bentuk love ni. Jadi sume kek ni designnya angah buat love. Bentuk kek jer tak buat love. Klu sumenya love nampak over plak.

Untuk Makan-makan





Kek kat atas ni ditempah oleh Pn Habibah dr Kuala Lumpur. Pn Habibah ni sedara-mara pihak pengantin lelaki. Kek ni ditempah utk pihak pengantin perempuan makan-makan. Masa hantar kek ni, pengantin perempuannya keliru sikit....maklumla surprise....Dia ingatkan kek-kek ni adalah kek kahwin...kemudian dia ingatkan kek hantaran. Saya terangkan kat dia kek ni utk makan-makan pihak perempuan dan bukan kek hantaran.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat