Wednesday, January 13, 2010

Sodium Carboxymethyl Cellulose


Sodium Carboxymethyl Cellulose....ha... berbelit lidah nak sebut. Nama senangnya ialah CMC. Ia juga dikenali sebagai Tylose powder atau Tylo powder.

Kegunaannya...? Dicampurkan dengan fondant untuk menjadi 'modelling paste'. Modelling paste adalah sesuai untuk membuat atau membentuk figurine. Sukatannya: 250gm fondant + 1/2 teaspoon CMC.

Dan jika ditambah air, CMC akan menjadi 'sugar glue' . Sugar glue adalah gam untuk menggabungkan figurine. Sukatannya: 1/2teaspoon CMC + 2 table spoon air suam. Biarkan semalaman dan ia akan jadi jernih spt gambar di atas. Simpan dlm peti sejuk. Ia tahan selama 2 minggu. Maklumat ni Angah dapat dari internet.
Puas Angah cari CMC ni. Tanya kedai-kedai berkenaan kat KL memanjang habis. Rupa-rupanya kat Melaka ada jual. Tapi tuan kedainya pun tak tahu yang dia ada jual dan tak tahu apa kegunaannya. Orang-orang KL kata CMC kat Melaka murah. 1kg - RM22.00.Chef Baini pesan 1kg.

Tuesday, January 12, 2010

Figurine Pengantin Melayu

Ini adalah cobaan pertama saya membuat 'figurine people'. Setelah meneliti banyak blog dan flicker dan mentelaah beberapa online tutorial sampai pedih dan juling mata dibuatnya, akhirnya terbit rasa confident 'Manja Boleh'!!!!

Tapi kat internet rata-rata figurinenya pengantin mat salleh.....boringnya. Tak jumpa langsung pengantin Melayu. Jadi Angah bercita-cita utk menjadi orang pertama membuat Figurine Pengantin Melayu (...perasannya.. he..he..). Ita dari Gula dan Mentega ada buat pengantin Melayu sebagai cupcake topper.
Nampak macam senang.....tapi angah start pagi, malam baru siap. Adalah behenti kejap-kejap melayan anak-anak. Pengantin lelaki ni pada angah yang susahnya,..samping. Angah rasa ada le 4-5 kali try...entah kenapa tak dapat panjang yang betul. Yang panjang, panjang sangat. Yang pendek, pendek sangat.

Pengantin perempuan pula....tudungnya. Buat tudung guna modelling paste ni berat. Makin lama badan dan kepala dia makin ke belakang. Selepas 3-4 kali try I decided to use fondant biasa. Baru jadi. Tangan is another problem for me. Kalau tengak betul-betul tangan pengantin lelaki tertangal sedikit. This happened the next day. Nak betulkan...tapi dah pakai sugar glue susah nak tanggal. Jari-jari pula sepatutnya dibulat-bulatkan...tapi sebab jari angah pun bulat-bulat he..he..he.. jadi tak tercapailah jari ku. Rambut pengantin lelaki plak macam tempurung je...he..he...

Jadi inilah hasilnya. Bangga le juga tapi memang belum puas hati. Kalau bandingkan dengan figurine dlm internet..... markah Angah 1/10.

Selamat Pengantin Baru.....

Selamat Berbahagia....

Pandang-pandang...Jeling-jeling...Mata bertentang mata

Busty Bride



Handsome groom...ye ke??

Swag menghiasi belakang kek.

Watch out for my next project :- Sugar Boxes

Isteri tersayang...

Kek ni dipesan oleh Pak Uda Angah.. untuk isteri tersayang. Pak Uda memang tiap-tiap tahun order kek utk harijadi Mak Uda. Tak pernah miss..... romantiknya......Bunga merah dan kuning atas kek tu ialah bunga ros fondant yg Angah buat sendiri. Tulisan icing...Angah kena practise banyak-banyak lagi....kureng!!!!!


Junior Chefs - Cupcake & Fancy Cookies Workshop

Hi semua. Rasanya belum terlambat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2010.
Bulan December lepas, Angah ada buat Cupcake & Cookies Workshop for Kidz.
Gambar-gambar kat bawah ni adaah chef-chef muda kita. Seronok dia orang dapat belajar masak-masak ni. Masing-masing ada bakat terpendam.

Young Chef Qistina

Young Chef Fara

Young chef Fifi

YoungChef Amalina dan uminya

Young Chef Aqliah. Anak dara Angah. Dia memang bercita-cita nak jadi Chef...macam Chef Wan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat