Monday, May 17, 2010

..:Guru Pembimbing Negara Bangsa:..








'Guru Pembimbing Negara Bangsa' Ini tema hari guru utk tahun 2010. Sangat besar jasa guru. Berhempas pulas mengajar dan mendidik anak-anak bangsa. Tak terbalas jasa-jasa guru.
Kek ni dioder oleh Badan Pengawas Sek. Men. Keb. Bukit Katil, Melaka. Pagi ni masa hantar kek....sempatlah Angah tengok guru-guru di arak. Setiap guru diiringi oleh seorang murid. Guru dan murid nampak seronok. Sesetengah murid pakai pakaian tradisional. Mungkin utk persembahan. Bila tengok suasana mcm ni.......memanglah teringat masa sekolah dulu2.....Dah lama betul tinggalkan alam persekolahan.....he....he...he terasa dah tua betul.
Cikgu Marsita, guru Badan Pengawas minta Angah buatkan logo atau lencana sekolah. Caranya sama mcm angah buat kek 'The Bratz'......cut n paste. Perkataannya pula angah gunaka edible ink pen dr AmeriColor. Sebenarnya Angah nk pakai Letter Press......lagi cantik dan kemas tp belum sampai plak. Klu sesiapa nk order Letter Press ni blh oder kt Anisecupcake.blogspot.com. Ada bermcm barang kt blog ni.
TERIMA KASIH CIKGU. SANGAT BESAR PAHALAMU. HANYA ALLAH MAMPU MEMBALASNYA.


..:Selamat Hari Guru:..







Selamat Hari Guru utk semua guru-guru di luar sana yg terus berjuang utk anak-anak bangsa. Bukan senang jadi cikgu ni....Angah kt rumah layan 3 orang anak pun.....huuh.... tak terlayan rasanya. Inikan pulak nak layan 30, 40 adakalanya sampai 50 org satu kelas. Bak kata P.Ramlee.....'Banyak Feninglah'.....
Oleh itu Angah buatkan sedikit fancy cookies utk cikgu-cikgu anak-anak Angah yg bersekolah di Sek. Jenis Kebangsaan Cina Wen Hua. Harap-harap bila makan cookies ni dapat release skit tansion....he...he......Terima Kasih banyak-banyaklah kpd mereka yang berpenat lelah mengajar anak-anak Angah.


Thursday, May 13, 2010

Ben 10 ...No.....No...








Cupcake ni dioder oleh Pn Ain utk birthday anaknya Irfan. Sebenarnya Pn. Ain telefon Kak Shikin utk order ni. Tapi sebab ordernya dah penuh dia berikan Pn Ain no tel Angah. TQ kak. Irfan ni kata mamanya sgt obsessed ngan Ben 10.
Masa Pn Ain datang utk collect cupcake ni Irfan pun ada sama. Mamanya tanya suka tak cupcake ni? Irfan jawab.....'No....No....' Aaallllamak.......(berderau darah)...... dia tak suka la. Irfan terus lari ke banner Angah dan tunjuk gambar kek Ben 10 kt banner tu....'That one.....that one...'
Rupa-rupanya dia nak kek yang besar dgn gambar Ben 10.......oooooo.....Memang Pn Ain nak order kek besar ni. Nak celebrate birthday Irfan kat Tadika dia. Cupcake tu utk makan-makan di rumah. Minggu seterusnya Pn Ain order kek besar.
Dan sekali lagi Irfan ikut mamanya utk collect kek Ben 10nya. Mamanya tanya...... 'suka tak?.....
Kali ni dia anggukkan kepalanya banyak kali......phew....lega.




Wednesday, May 12, 2010

Happy Mother's Day Mummy ....bunga kubur??....




Ini le kek yg Angah buat utk Mummy Dearest semperna Hari Ibu. Seronok tengok muka mummy happy masa nak buka kotak kek. Bila dah buka kotak kek she was surprised......'oooo my favorite flower...' Bila Mummy tunjukkan pada Ayah angah, dia kata....'bunga kubur???'

Ya. inilah bunga kegemaran Mummy. Bunga Kemboja atau bunga kubur atau Frangipani. Memang dah lama berniat nk buatkan bunga ni utk Mummy. Cupcake pula Angah buat orange buttercake dgn strawbery filling, another one of her favourite. Seronok bila dapat buatkan benda2 kegemaran Mummy.

Pokok kemboja ni Mummy tanam kt belakang rumah dan dalam pasu pun ada. Bermacam-macam warna ada tapi warna favourite mummy ialah putih. Ayah plak bising sebab katanya macam tanah perkuburan...he..he...he....According to Mummy pokok kemboja ni banyak di ekspot ke luar negara. Harga sebatang pokok kemboja blh mencecah sampai RM8000.00.......mak ooooiiii.

Pada Hari Ibu ,Acik (adik Angah) belanja kami makan2 di EQ Hotal Melaka dan kemudian kami meronda-ronda & shopping2 di Dataran Pahlawan. THANX ACIK.

Mummy dgn cucu-cucunya

Mummy dgn Zainab(wife Acik) & Acik a.k.a BIG



Meronda-ronda di Dataran Pahlawan

Tuesday, May 11, 2010

Tripple Celebration on Mother's Day!






Happy Birthday to Nurin Batrisyia & Azam Ammar. Dari pagi semalam saya telah sibuk di dapur menyediakan juadah untuk jamuan harijadi kedua-dua orang anak saya. Sepatutnya saya meraikan Hari Ibu tanpa perlu berbuat apa-apa. Demi anak yang kita sayangi...... apalah salahnya...

Birthday Nurin jatuh pada 5hb Mei manakala Azam pula pada 30hb Mac dan ianya tidak dapat disambut kera nenek Mok telah dimasukkan ke hospital. Maka semalam, kedua-duanya menyambut birthday dengan dihadiri ramai kawan-kawan Nurin juga sepupu-sepupunya yang turut sama meraikan Hari Ibu di rumah saya. Mak Mertua saya turut hadir. Jiran-jiran turut memeriahkan jamuan birthday tersebut. Saya menyediaan spaghetti bolognese, nasi himpit segera & kuah kacang, kepak ayam madu, sosej & nugget goreng ducucuk lidi, cream caramel & agar-agar merah. Ini adalah menu minum petang jamuan birthday. Simple saja.....

Kakak ipar saya pula datang dengan membawa lauk-pauk berserta nasi putih untuk dijamu semua orang. Rezeki datang bergolek...... rezeki jangan ditolak..... hehehe.... terima kasih daun keladi, birthday yang lain masak le lagi.

Nurin request kek Barbie sebab dia minat Barbie & Princess. Lalu saya belikan mahkota princess dan selempang yang tertera 'I'm the birthday girl' untuknya. Kek Azam pula angka nombor 4 melambangkan 4 tahun umurnya dan saya hiaskan dengan coklat berbentuk kereta. Si Azam sangat meminati kereta seperti Mini, BMW, Ferrari, Porsche dan lain-lain. Azam juga dapat hadiah daripada papanya iaitu ke F1 Sepang.

Walaupun keletihan, saya berasa gembira kerana anak-anak begitu seronok dengan jamuan birthday yang diadakan& banyak hadiah yang diterima. Lewat malam, anak-anak mengucapkan terima kasih & selamat Hari Ibu kepada mama mereka. Ungkapan 'I love u too' yang sering diucapkan setiap malam oleh anak-anak menjadi lebih bermakna kepada saya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua terutama kepada Mummy Alijah Kasim, Mak Mertua Minah Assan, adik saya Manjawati, kakak ipar Hamidah, Anita & Ibah serta adik ipar Intan, Lin, Mawar, Ina & Izan.

Friday, May 7, 2010

Pssst.....Pssst....Have U All Heard...?

Pssst....Pssst......to all cake decoraters.....Have you all heard......BIG NEWS my friends.....
Lorraine McKay of Extra Icing is coming to Malaysia...next year. How do I know this?
I was thanking her for her free video tutorial and candidly invited her to come to Malaysia and do her workshop here. To my plesent surprise she answered ' I AM coming to Malaysia.....next year'. I was dancing with happiness in front of the computer.
Lorraine McKay, to me is a Goddess of Cake Decorating, a true Master of Figure Modelling. She is my IDOL. Visit her blog - extra-icing.blogspot.com and have a look at all her work. So flawless....so detailed.....sooooo beautiful....you will understand why I think she's a Goddess.
I haven't got the details of her visit to Malaysia yet but I will keep you all updated on this.
Horay....Horay.....Horay.....

Wednesday, May 5, 2010

Birthday Cuppies For Arisa




Comel tak cuppies ni?? Saya tak ada idea nak deco cupcake ni. Lama juga saya termenung, apa tema yang saya nak buat untuk Arisa. Akhirnya saya teringatkan cutter set yang dibeli tempohari. Saya beli "cutter ladies accessories set" keluaran Fmm Product. Fondant digunakan untuk toppers cuppies Arisa. Ada cutter untuk hairbrush, handbag, topi, cermin muka, kasut, lipstick, hairdryer, cincin dan cermin mata. Comelnya .......... Anak-anak saya sangat suka dengan toppers cuppies yang di order oleh Puan Mazni untuk anaknya Arisa.
Beliau telah berjanji untuk mengambil cuppies tersebut di rumah saya tapi saya mempunyai urusan di Ampang. Oleh itu, kami telah berjumpa di Pasaraya Giant untuk penyerahan cuppies yang comel itu.

Puan Mazni sering menempah cuppies dan pernah menghantar Arisa untuk kelas basic cupcake pada cuti sekolah bulan Disember 2009. Terima kasih Puan Mazni......

Cupcake Selamat Pengantin Baru




Saya menerima panggilan dari Puan Salbiah yang ingin menempah cupcake sebagai hantaran untuk anak saudaranya yang melangsungkan perkahwinan. Puan Salbiah merupakan ibu kepada kawan anak saya. Beliau mempunyai 2 buah kedai menjual buku-buku teks dan alat tulis di Bandar Manajalara. Beliau memberikan saya warna tema pengantin dan hiasannya terpulanglah kepada saya menghasilkannya. Maka inilah cupcake yang telah ditempah oleh Puan Salbiah dan berterima kasih kepada saya kerana masih menerima tempahan beliau walaupun dalam masa yang suntuk.

Terima Kasih daun keladi, lain kali order lagi ye.....


Cuppies For Hari Sukan TTDI Jaya






Anak saya bernama Farah Irdina telah memasuki Persatuan Usahawan Muda sekolah. Beliau telah meminta supaya saya menyediakan cupcake bagi menambahkan wang untuk persatuan tersebut. Jualan ini diadakan pada hari sukan sekolahnya. Saya berbesar hati kerana dapat membantu pihak sekolah mendedahkan ciri-ciri seorang usahawan kepada kanak-kanak sekolah. Saya merasakan bahawa anak-anak perlu mempunyai sikap boleh berniaga & berkemahiran dlm sesuatu yg mereka minati. Kemahiran ini akan membantu mereka untuk menempuh masa depan. Jualan cupcake telah mendapat sambutan yang hangat daripada ibubapa, para guru dan kanak-kanak yang berkunjung di hari sukan sekolah TTDI Jaya. Inilah saja sumbangan yang dapat saya berikan kepada pihak sekolah di mana anak-anak saya mendapat ilmu dunia & akhirat.

Tuesday, May 4, 2010

The Bratz Have Arrived....You Go Girls.





Step aside Disney Princess........ Move over Barbie......... coz the Bratz have arrived.......You Go Girl!!!......he......he......he........ Kek ni angah buat untuk hari jadi my precious girl Aqilah, 10 thn & Nurin (sepupu dia) 8 thn. Dah peringkat umur macam ni dah kuranglah minat pada Disney Princess dan Barbie.Kalau dulu kejap-kejap nak jadi Princess or Barbie tapi skrang dah boring. Bratz is the in thing now. Ye lah dah nak masuk ke alam tweens. (Alamak risaunya)
Teknik utk buat fondant Bratz ni is more of a cut & paste. Kepada sesiapa yang nak buat fondant Bratz bleh le ke blog sandra-socake.blogspot.com. Ada bermacam-macam tutorial yang bleh kita ikuti. Cuma blog ni dah lama tidak di update. Walau bagaimanapun tutorialnya sangat berguna.

Happy 30th Anniversary








Kek ni dioder oleh Mak Lang Angah semperna wedding anniversarynya yang ke 30 .....WOW....Sebenarnya Mak Lang Angah buat kenduri sebab dia dan suami akan mengerjakan umrah. Jadi acara memotong kek ni diselitkan pada hujung-hujung majlis. Semoga mereka selamat mengerjakan umrah dan selamat kembali. Dan semoga mereka akan dapat menyambut lebih banyak lagi anniversary seterusnya....Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat