Tuesday, June 22, 2010

Selamat Bertunang Cik Cha



Cupcake dan kek ni adalah antara hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki. Gambar ini diambil di atas dulang hantaran..... saya begitu confident, ingatkan dah ambil gambar semasa proses menyudahkan cupcake. Bila nak upload gambar ke laptop..... Ooo my Coach..... ni je gambar yang saya ada untuk blog. Selalu sangat terlupa..... faktor apakah itu.....

Selamat Bertunang kepada Nisa dan Afzal.

Happy Birthday Dear






Cupcake yang ditempah oleh Sally Abu Bakar dari Tmn. Melawati ini adalah surprise untuk hubby tersayang, En. Shahir. Beliau telah menempah cupcake ini 2 minggu sebelum harijadi suaminya. Thank you for the order........

Bertuahnya En Shahir kerana isteri telah membuat surprise pada hari birthdaynya dengan sekotak cupcake berserta sejambak bunga dihantar sendiri ke pejabat si suami. Beliau telah mengambil cuti semata-mata ingin meraikan birthday orang yang disayangi......

Happy Birthday Shahir! Apa hadiah istimewa yang you dapat yek....

Selamat Bertunang Faisal & Siti Nor

Gambar Faisal & tunangnya Siti Nor ini di ambil sehari selepas mereka bertunang pada 4/6/2010 di rumah Cik Hashim yang melangsungkan pertunangan anaknya Cik Cha pada keesokan harinya iaitu 5/6/2010. Faisal & Cik Cha merupakan adik sepupu saya........ alamak.... dah berusia saya ni, sedangkan mereka baru nak bertunang-tunangan....... hehehe......

Saya telah membuat cupcake sebagai salah satu hantaran dari si kumbang untuk si bunga sunflower...... Diharapkan Siti Nor gembira mendapat cupcake tersebut..............
SELAMAT BERTUNANG!




Happy Birthday Gee Ishak



Cupcake ini ditempah oleh sepupu kepada adik ipar. Dia inginkan tema warna hijau dan tertera "Happy Birthday 32thn Gee Ishak". Semoga Gee dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dari semua kesulitan ........

Hope you'll like the cupcakes & designnya ............

Selamat Hari Guru




Cookies ini adalah pemberian untuk Hari Guru Sekolah Agama TTDI Jaya. Selalunya saya akan memberi cupcake, tapi anak kata :asyik bagi cupcake je...... buat la cookies mama..... maka terhasillah cookies yang simple ni.....
Terima kasih saya ucapkan kepada ustazah dan ustaz semua yang mengajar agama kepada anak-anak saya. Especially kepada Ustaz Jufri dan Ustazah Aini yang membimbing anak saya menjadi seorang anak yang solehah.

Manakala untuk guru-guru Sekolah Kebangsaan TTDI Jaya, cupcake telah diberikan bagi memperingati golongan guru yang sentiansa memberi pengetahuan dan didikan kepada anak-anak kita semua. Jasa mu guru akan sentiasa di kenang.





Thursday, June 17, 2010

Happy Birthday BIG....24 thn ke????



Kek ni Angah buat khas utk harijadi adik Angah...Acik a.k.a Mr. BIG. Katanya umur dia baru 24 thn(perasan)....sbb dia sambut arijadi 3 thn sekali...he...he...he...Dan gigi dia tu??? Memang macam tu lah....sbb accident kt bilik air masa kecik-kecik....he...he....he....
Apa??? Nak tau umur Acik yg sebenonya.....boleh tapi kira sendiri ye.....24 thn + lg 14 thn = ???

Happy Birthday Qamarina

Cupcake ni adalah repeat order dr Pn Norehan. Kali ni diorder utk anak gadisnya Qamarina yg mnyambut harijadi yg ke 12. Dia sukakan warna pink dan temanya 'Girly'. Dia tak nak tema yg kebudak-budakan. Maklumlah dah masuk alam 'tweens', selera pun dah lain. Pada umur2 macam ni mestilah lebih minat pada fesyen, muzik dan mula berjinak2 dgn make -up. Apa-apa pun pelajaran tetap no 1.
Selamat Harijadi ke 12 Qamarina dan belajar rajin-rajin sbb tahun ni periksa UPSR. Semoga berjaya. Dan terima kasih daun keladi Pn. Norehan.

Monday, June 14, 2010

Yellow & Gold, White & Silver
















2 Set cupcake hantaran ni di tempah oleh Faeizah, anak buah kepada Pn. Azra. Terima Kasih banyak-banyak kpd Pn. Azra. Tema Yellow & Gold adalah hantaran utk pihak perempuan. Warna White & Silver utk pihak lelaki.




Amar Putra is 1 year old





Cupcake ni adalah repeat order dr Pn. Azra. Cupcake ni utk Amar Putra adik kepada Adam Putra. Sedap-sedap nama anak Pn. Azra ni. Lain sikit nama-namanya. Tak macam nama yang biasa di dengar. Angah tanya Pn. Azra ada keturunan kaum kerabat ke? Sambil tergelak Pn. Azra jawab......eh...tak adalah..... Tema utk cupcake ni ialah boy theme dan Pn Azra telah order 2 set.

Selamat Bertunang Faisal & Siti Nor




Kek ni ditempah oleh Suzy utk pertunangan adiknya Faisal. Mereka ni sepupu angah. Pada mula warna tema pertunangan ni ialah Pink & Putih. Tapi warna telah ditukar kepada Putih & Emas. Bunga-bunga fondant dan plak telah angah sediakan lebih awal utk warna tema Pink & Putih. Jadi kombinasi warna kek ni angah rasa off skit.
Angah gunakan kaedah stencil pada kek ni. Angah Stencil gold Luster dust terus ke atas fondant putih ni. Angah tak gunakan royal icing spt selalunya. Caranya....sapukan sedikit shortening pada tempat yg kita nak stencil. Kemudian letakkan stencil atas permukaan tadi dan sapukan luster dust dgn berus. Bila dah puas hati dgn sapuan tu tanggalkan stencil dan coraknya akan melekat di permukkan fondant tu. Shortening jangan disapu banyak sebab corak stencil akan nampak comot.


Merahnya Mak Ngah...








Wedding cake merah & putih ni ditempah oleh adik ipar angah utk adiknya Mariam. Warna Kegemaran Mariam ni dah semestinyalah merah. Masa bertunang tahun lepas pun cupcake yang ditempah bertemakan merah dan putih.
Fondant Merah ni Angah gunakan Satin Ice. Warnanya merahnya cantik dan senang digunakan. Angah masih belum mahir utk membuat fondant merah dlm kuantiti yg banyak. Jadi adalah lebih baik guna fondant warna yg sedia ada. Senang kerja he...he...


Wednesday, June 9, 2010

Bulk order for Alumtek KL



600 pcs cupcake ni dibuat dlm masa yang sangat lah terkejar-kejar. Oh my Gucci...... what a day preparing the cupcakes for Alumtek KL for their Career Guidance Day talk to students. Thank you very much for the order. I only have a day to complete this task dengan bantuan dari anak-anak. Thank you my little angels for helping your mama..... love u guys.

Asalnya malas nak ambil order yang last minute, tapi mengenangkan husband adalah ex-TIKL student, so I agree with it. Mulalah berfikir nak buat design macam mana ni...... such limited time..... aaaahhh....... then, I teringatkan Anis Borhan daripada Anisecupcake. I ada ternampak tools yang nak digunakan so that night, I rushed to Anis's house to buy the Brigitte Letterpress and end up buying few more tools. Seronok dapat berjumpa dengan Anis yang hasil kerja cupcakenya sangat cantik dan kemas, especially her fondant work on Ed Hardy. Wonderful...... BTW, nice knowing you ...... Anis and thanks for the tools too. Memang berbaloi-baloi.... jimat masa.

And the next day, the cupcakes ready to be sent to TIKL and after clearing the mess apalagi .......ganti tidur le jawapnya.


Monday, June 7, 2010

Hijau dan Putih





Pn. Ramlah dari Tangkak telah memesan 2 set cupcake ni utk perkahwinan anak buahnya. 1 set untuk hantaran perkahwinan dan satu set lagi utk anak buahnya yang kecil-kecil menjamu selera. Warna temanya Hijau dan Putih.

Ooppss....tersilap nama



Cupcake ni dipesan oleh Mimi, Setiausaha kepada Presiden Persatuan Lumba Basikal Malaysia. Cupcake ni semperna harijadi Mimi dan Ikhwan tu anak buah dia.... (seronok dpt auntie yg suka belanja).
Masa tengah decorate cupcake ni, seorang customer bernama Nani telefon utk order wedding cake. Setelah dpt segala info dr Nani, Angah pun sambung mendeco kek ni.....tapi dlm kepala ni dok fikir design yang Angah nak buat utk wedding kek Nani......asyik teringat Nani jer. Sampaikan nama Mimi pun Angah tertulis Nani.
Angah langsung tak perasan yang angah tersalah tulis nama tu. Malam sebelum hantar kek tu, nasib baik Angah tengok order list kat white board. La.... baru le perasan nama tu salah tulis.
Kalau tak mesti Mimi tanya siapa Nani?...he....he....he. Dan nasib baik gaklah ada cupcake lebih.
Cepat-cepat le Angah tukar nama. Ambil gambo pun kelang kabut. Sbb tulah gambonya tak berapa nak clear.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat