Wednesday, February 24, 2010

Maroon dan Putih








Set Cupcake hantaran ni ditempah oleh Cik Fazlin untuk majlis pertunangannya. Warna temanya maroon & putih. Design cupcake diserahkan sepenuhnya pada Angah. Jadi Angah pilih design fabric effect - frills. Bunga ros Angah sapukan luster dust. Nampaklah merelip-relip. Angah memang suka sapukan dust yang kilat-kilat ni. Nampak glamour gitu. Alhamdulillah Cik Fazlin sukakan design ni.
SELAMAT BERTUNANG FAZLIN DAN HAFIZ.



Biru dan Putih.








Set Cupcake hantaran ni ditempah oleh Pn. Faridah untuk majlis perkahwinan anak buah suaminya. Ini adalah koleksi Fabrik Effect yang angah buat sebelum ni. Table Cloth utk cupcake ni angah highlight dengan pearl dust. Kilat-kilat gitu...tapi dlm gambar ni....not so clear. Maybe sebab 'white on white'. Pearl dust atas plak nama warna biru baru nampak kilauannya. Alhamdulillah Pn Faridah amat berpuas hati dengan set hantaran ni.


Gong Xi Fa Cai


Kek ni dioder oleh pak uda Angah untuk diberikan kepada 2 orang kawan Cinanya di tempat kerja. Katanya mereka ni baik hati dan selalu menolong orang. Memang tiap-tiap tahun Pak Uda Angah akan oder kek untuk mereka. Selalunya dia oder Chocolate moist Cake tapi tahun ni dia oder Orange Butter cake dgn strawberry jam filling. Ejaan Gong Xi Fa Cai di kek atas tu Angah salah eja. Anak-anak yang tegur.


Kek Walnut Carrot with cream cheese frosting ni plak, mummy Angah yang oder untuk jiran sebelah, Uncle Ah Hock. Uncle Ah Hock ni buka Hardware Store. Besar punya. Ada jual macam-macam; batu, kayu, besi, besar, kecil, tebal, nipis ....bak kata mat saleh 'you name it he got it'. Sesuai sangatlah dengan mummy Angah yang hobbynya.......renovate rumah..he..he..he...(bukan suka-suka tapi sedara-mara raaaammmmmaaaiii)


Almond London

Almond London ni di order oleh kawan kepada sepupu Angah. Selalunya Almond London ni Angah buat bentuk bujur tapi dia minta buat bentuk bulat. No problem. Disebabkan ini last minit order jadi kertas cawan warna coklat dah kehabisan. Warna merah pun boleh. Warna merah ada "ONG".

Thursday, February 11, 2010

Acara makan-makan & Harijadi Suffiah, Zahid & Pak Long



Acara makan-makan telah diadakan di rumah mak mertua, Kapar. Menu yang disediakan adalah steambot, ikan dan ayam bakar serta nasi goreng cina. Ini merupakan aktiviti yang kerap dilakukan oleh adik-beradik dan ipar duai apabila masing-masing sudah lama tidak bersua muka.
Di samping itu, diraikan juga harijadi Suffiah, Zahid & Pak Long. Saya mengambil kesempatan dengan membawa pulang kek perisa oren buttercream yang dihiasi anak patung & motosikal mainan. Acara meniup lilin dilakukan oleh Suffiah.

Tempahan cupcake hantaran daripada Ibu Mertuaku



Ibu mertuaku pun sudah pandai menempah cupcake sebagai hadiah hantaran kepada anak saudaranya yang melangsungkan perkahwinan. Sebanyak 25 biji cupcake berperisa oren dan bertemakan warna biru & putih. Beliau memberi kebebasan untuk menghias cupcake. Saya telah menggunakan fondant untuk membentuk rama-rama dan bunga-bunga kecil . Inilah hasilnya......

Almond Chocolate Chips Biskut

Setiap tahun almond choc chip biskut adalah antara kegemaran ramai termasuklah keluarga saya, keluarga mertua dan saudara terdekat yang pernah merasainya. Maka, setiap tahun raya, almond choc chip adalah antara kuih muih yang akan habis dahulu selain kuih makmur. Rakan-rakan yang mengenali juga akan menempah biskut ini sebagai pemberian kepada keluarga masing-masing.


Ini adalah antara pembantu saya apabila tibanya musim raya. Siapa lagi kalau bukan Nabilah dan Kak Farah yang akan dikerah tenaganya untuk membantu. Terima kasih anak-anakku.....



Cupcake Pertunangan Lyn & Pyz

Cupcake pertunangan kali ini bertemakan warna peach dan putih . Cupcake berperisa oren telah di order oleh Pn Rohaya Md Nor dari Pulau Pinang untuk dijadikan hantaran anak buahnya yang melangsungkan pertunangan di Wangsa Maju pada Disember 2009. Ini adalah sebagai hadiah daripada seorang ibu saudara kepada anak buahnya, yang cuma dikenali sebagai Lyn. Beliau begitu gembira serta berpuas hati dengan hasil hiasan cupcake yang ditempah.


Kedatangan Pn. Rohaya mengambil cupcake tempahannya disertai oleh anak beliau yang bernama Batrisia, berumur 6 tahun. Memandangkan terdapat cupcake yang berlebih, saya lalu menyapukan buttercream dan meletakkan topper yang berbentuk gadis comel diatasnya. Beliau membawa pulang 2 kotak cupcake yang bertopper untuk dikongsikan bersama sepupunya.


Wednesday, February 10, 2010

Happy Birthday Husna



Kek chocolate ganache ini telah di order oleh Pn. Liza dari Sek . 7 Shah Alam sempena hari lahir anaknya yang bernama Husna. Beliau meminta edible image gambar Barbie kerana Husna sangat meminati Barbie Doll. Acara meniup lilin & memotong kek akan dilakukan di tadika. Di samping itu 25 biji cupcake juga di order dengan edible image karakter Pocoyo, Eli & Tinky Bird untuk budak lelaki dan 25 biji cupcake pula dengan edible image Barbie dan Princess.
Di harapkan adik Husna gembira dengan kek tersebut. Terima kasih kepada Pn. Liza.

SELAMAT HARI JADI HUSNA

Thursday, February 4, 2010

Adam Putra (sedapnya nama)

Pn Azra oder kek ni untuk anaknya Adam Putra. Sedapnya nama. Mulanya Pn. Azra nak oder tema Ben 10 tapi Adam Putra kata dia dah boring dgn Ben 10. Dia nak Upin & Ipin plak. Cayalah Upin & Ipin. Siapa yang tak suka kat bebudak 2 orang ni. Angah yang tua bangka ni pun minat.
Dan Sebenarnya (..he...he...he...macam lagu Yuna le plak) Pn. Azra nak oder cupcake jer tapi Adam Putra (sedapnya nama) nak potong kek dan nak tuip lilin. Jadi oder la juga satu kek kecil buat cukup syarat. Muka Upin & Ipin kat cupcake tu angah dapat idea dari bantal bentuk kepala Upin & Ipin kepunyaan anak bongsu Angah. ......Selamat Hari Jadi Adam Putra(sedapnya nama).




Last minit

Kek ni sebenarnya last minit oder. Pn Salmah tepon Angah lebih kurang kul 10.00 pagi nak oder kek untuk anaknya. Nak celebrate malam tu. Dia nak ambil kek ni dalam pukul 4-5 petang. Memandangkan ari tu Angah free, Angah terima oder ni. Lupa le plak nak tanya nama anaknya. Jadi angah tulis jer dulu Selamat Hari Jadi. Nama anaknya ialah Suhaimi berumur 18 tahun.

Fabric Effect

Cupcake di bawah ni Angah buat bertemakan Fabric Effect atau Alunan Fabrik. Slalunya Alunan Fabrik ni di buat atas kek.Skarang atas cupcake pun boleh. Cupcake ni teramat le sesuai untuk hantaran pertunangan atau perkahwinan. Kat sini Angah buat 3 jenis iaitu Table Cloth, Frills dan Drape. Kalau ada sesiapa nak order atau nak bertanya bleh le e-mail, SMS atau tepon je. Jangan malu-malu.
Table Cloth











Frills








Drape








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat