Tuesday, April 27, 2010

Miniature Cake

Miniature cake atau mini kek agak baru di pasaran terutama di Melaka. Mini kek ni sesuai utk dijadikan hantaran pertunangan dan perkahwinan. Ada juga yang jadikan mini kek ni sebagai kek perkahwinan dan cenderahati atau doorgift.


Sweetheart

Blossom Beauty

Kepada sesiapa yang nak belajar buat bunga Frangipani atau Kemboja ni.....sila lawati blog Nurainie's Cupcake Project di acupcakeproject.blogspot.com . Ada banyak tutorial yang boleh diikuti. The instructions are easy to understand and very clear.



Silver Blues


Lovely Pink

4 design mini kek

Seperti biasa Angah sukakan kilat-kilatan. Untuk My Sweetheart & Blossom Beauty Angah gunakan luster dust dan pearl dust. Untuk Silver Blues dan Lovely Pink Angah gunakan Sheen Airbrush Colour dari AmeriColor. Angah tak ada airbrush.....jadi Angah sapukan terus atas fondant dgn brush. Untuk warna silver tu Angah buat 2 coating supaya warnanya lebih rata dan terang.

For MINIATURE CAKE prices & inquiries pls call, SMS or e-mail to us.

Monday, April 26, 2010

Junior Chefs - Bread & Pizza Workshop

The Junior chefs kembali lagi dan kali ini mereka belajar.....uli.....uli...... dan....uli. Uli apa? Uli roti dan doh pizza. Mereka belajar membuat 4 jenis roti dan 4 jenis pizza. Doh roti angah uli dgn mesin tapi doh pizza The Junior Chefs uli sendiri selama 10-15 min. Huh.....penatnya...lepas habis uli masing-masing hilang lebih kurang 1 kg he...he...he... termasuklah Angah. Lihatlah aksi-aksi menarik mereka ni.

Junior Chef Qistina & Fara...... berebut berus.

Junior Chef Fifi & Aini..buat roti ke roti canai ni?

Junior Chef Aqila & Eyka tak habis-habis posing...
Junior Chef Qistina & Fara nampak kepenatan selepas menguli.


Junior Chefs dgn roti-roti mereka

Cuba tengok betul-betul macam muka siapa agaknya ni? Siap ada misai. Eemmm... yang buat pizza ni mesti peminat Datuk K agaknya. Qistina...???

Boyfriend sapa la ni ? Lonjongnya muka

Fun Faces Pizzas (Vegetable Pizza) antara pizza yang diajar.
Masa nak menghias vegetable pizza ni, Angah suruh bebudak ni bayangkan muka boyfriend dia orang....he...he.....he.....Masyallah handsome2nya boyfriend you all.
Selain dpt meningkatkan kreativiti mereka, harap-harap dapat juga menggalakkan mereka makan sayur.

Friday, April 23, 2010

Selamat Hari Jadi Ibu

Pada 6.4.10 adalah harijadi ibu (mak mertua Angah). Ini adalah harijadinya yang ke 75. Alhamdullilah kesihatannya masih baik dan dia seorang yang aktif. Ibu sangat menjaga pemakanannya. Cuma bila dah usia sebegini, sakit-sakit lutut, pinggang dan sendi adalah biasa. Bila harijadi ibu kami semua biasanya keluar makan beramai-ramai. Seronok dapat berkumpal ramai-ramai. Tahun ni kami makan di Pizza Hut. Ibu suka makan pizza. Ramai jugak keluarga lain yang menyambut harijadi di Pizza Hut pada hari tu.

Acara memotong kek selepas melahap pizza.

3 Generasi. Ibu bersama Kak Su (kakak ipar Angah) dan 2 orang cucu daranya Wawa & Cha.

Hepi Holiday

Cupcake ni dioder oleh Suzi, sorang lagi sepupu Angah. Dia & familinya berholiday di A Famosa Resort Melaka. Aaii....orang KL pun dah sampai kt situ, kita yg dok Melaka tak sampai-sampai.
Masa hantar cupcake tulah pertama kali sampai. Pekh.........besarnya resort ni. Suzi & famili sewa banglow. Setiap banglow ada swimming pool. Masa tengah pusing-pusing mencari banglow dia orang... tiba-tiba........eh..eh..macam pernah ku lihat banglow warna merah tu...
Oooo......rupanya banglow Biggest Loser Asia. Kt sini rupanya dia orang shooting.
Ingatkan nak berhenti ambil gambar.... tapi sebab dah senja-senja kala suami angah kata tak payah la. Nanti tertangkap gambar makhluk lain lak. He..he...he..

Fancy Cookies

Alhamdulillah.... siap akhirnya 'renovation' 'rumah' kami ni. Trima kasih bebanyak kami nak ucapkan pada designer blog ni iaitu......(drum roll).....Echa. Bertungkus lumus dia melayan krenah kami. Sekejap cam ni....sekejap cam tu.....Kami sendiri naik pening. Tapi Echa ni ....dia cool headed. Banyak idea yg dia beri pada kami. She knows her stuff and........TADA......this is the result. We are very happy with it.
Fancy cookies kt bawah ni dioder oleh sepupu Angah, Hidayah. Dia ni sedang belajar kt Food Institute of Malaysia (FIM). Cookies ni utk assignment dia. Dia kena manage an English concept restaurant. Cookies ni adalah 'giveaways' utk pelanggan-pelanggan restoran.


Cookies ni plak, tertera nama restoran tu 'LE MEMOIRS' utk dicucuk kt display cake. Cookies ni dihias dgn fondant & royal Icing. Sebenarnya cookies ada 9 batang....tapi sempat ambil gambar 1 batang jer....sebabnya.......Kamera out of bettery le plak. .....Ohhhh.. anak-anak ku.... Kenapalah suka main kamera.......Klu dah besar tak jadi jurugambar tak tahu le mama.
Tengah sibuk-sibuk buat kerja .....malas le plak nak pergi kedai.
Bunga ros dari sugarpaste ni Angah buatkan untuk dispaly kek jugak. Yg ni sebelum disapu silk dust. Kilat-kilat gitu. Angah ada juga buat 4 kuntum bunga ros besar tapi tak sempat ambil gambar. Klu dapat gambar dari hidayah nanti, Angah akan uploadkan.




Wednesday, April 21, 2010

Cheese Cakes Catalog

Cupcakes Catalog

Cupcake solo souffle sizes

Butter cupcake

Flavour : Vanilla, Strawberry, Pandan, Orange
Topping : Buttercream Simple design

Size S
1box/25pcs
from RM40.00
Size M
1box/16pcs
from RM37.00

1box/25pcs
from RM57.00
Size L
1box/16pcs
from RM42.00

1box/25pcs
from RM65.00

Flavour : Chocolate Moist Cake, Carrot Walnut Cake
Topping : Chocolate Ganache, Cream Cheese Frosting

Size S
1box/25pcs
from RM45.00
Size M
1box/16pcs
from RM40.00

1box/25pcs
from RM62.00
Size L
1box/16pcs
from RM45.00

1box/25pcs
from RM68.00
Click here to Order (Shah Alam)
Click here to Order (Melaka)

Notes:
Additional price for deco with fondant, cartoon drawing, edible image etc.
Addtional price for filling.
Add 0.20 sen/per pcs for individual pack

*******

Set Hantaran Cupcake

Butter cupcake with buttercream icing (simple design)

Size M
1box/25pcs
from RM85.00
Size L
1box/16pcs
from RM65.00

1box/25pcs
from RM95.00

Prices include transparent box and ribbon
Additional price for deco with fondant, sugarpaste

* For WEDDING CUPCAKE and DOOR GIFT prices & inquiries pls call, SMS or e-mail to us.

Monday, April 19, 2010

Cakes Catalog

Pandan Layer Cake
8' - RM 35.00
10' - 55.00
Moist Chocolate Cake
8' - RM45.00
10' - 65.00
Carrot Walnut Cake with Cream Cheese Frosting
8' - RM 45.00
10' - RM65.00
Blueberry Cake
8' - RM 35.00
10' - RM 55.00
Black Forest Cake
8' - RM35.00
10' - RM55.00
Barbie Doll Cake
Sponge cake with buttercream - RM85.00
Butter cake with buttercream - RM100.00

*For ENGAGEMENT and WEDDING cake prices & inquires pls call, SMS or e-mail to us.
..:PiCk Up PoInT (ShaH AlaM):..
No 7,Jln Hikayat U2/9
TTDI Jaya, 40000
Shah Alam
..:PiCk Up PoInT (MeLaKa):..
No 74 Jln BBP3
Tmn Batu Berendam Putra
75450 Melaka

Thursday, April 8, 2010

Pengumuman

Assalammualaikum semua. Blog Manis Manja sedang menjalani proses 'up-grading' selama 2 minggu. Semuanya akan berwajah baru, benda-benda baru & kekawan baru yg akan menyusul, Insyaallah. Harap kekawan akan terus dapat memberi sokongan dan terus melawat blog ini. Jumpa lagi & Trima Kasih bebanyak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat