Friday, April 23, 2010

Selamat Hari Jadi Ibu

Pada 6.4.10 adalah harijadi ibu (mak mertua Angah). Ini adalah harijadinya yang ke 75. Alhamdullilah kesihatannya masih baik dan dia seorang yang aktif. Ibu sangat menjaga pemakanannya. Cuma bila dah usia sebegini, sakit-sakit lutut, pinggang dan sendi adalah biasa. Bila harijadi ibu kami semua biasanya keluar makan beramai-ramai. Seronok dapat berkumpal ramai-ramai. Tahun ni kami makan di Pizza Hut. Ibu suka makan pizza. Ramai jugak keluarga lain yang menyambut harijadi di Pizza Hut pada hari tu.

Acara memotong kek selepas melahap pizza.

3 Generasi. Ibu bersama Kak Su (kakak ipar Angah) dan 2 orang cucu daranya Wawa & Cha.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat