Wednesday, May 20, 2009

Tiga kali seminggu
















Minggu lepas agak sibuk sikit. Angah dapat tempahan dari Cikgu Mastura dari Sekolah Menengah Bukit Katil. Cikgu Mastura adalah guru Persatuan Pengawas sekolah tu. Untuk mencari pendapatan lebih bagi persatuan, Cikgu Mastura telah menempah sebanyak 150 biji cupcake pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat untuk dijual kepada warga sekolah tersebut.

Pada hari Rabu, Angah gantikan cupcake dengan donat celup coklat sebab fikirkan muaklah pulak hari-hari makan cupcake. Alhamdullilah laris. Tapi sayangnya tak sempat ambil gambar sebab siap je terus hantar ke sekolah. Gara-gara ngantuk la ni. Maklumlah pagi-pagi dah bangun nak siapkan semuanya. . Dah lepas sarapan baru teringat tak ambil gambar.

Pesatuan Pusat Sumber juga membuat tempahan semperna hari guru sebanyak 120 biji cupcake. Kemudian kawan Cikgu Mastura pula order 200 biji cupcake untuk dibuat jualan di sekolah anaknya.Terima kasih semua. Terima kasih daun keladi. Kepada cikgu-cikgu semua, Angah ucapkan Selamat Hari Guru.

Sepanjang minggu lalu, Angah banyak dibantu oleh suami tersayang. Sangat cekap. Siap satu dulang terus susun dalam kotak. Tersangat cekap sehingga belum sempat ambil gambar dia dah susun dalam kotak. Dah susun tu tak rajin le pulak nak keluarkan balik. Jadi ini jelah gambar-gambar yang sempat dirakam.

2 comments:

  1. flower sgt comel..nnt wa leh promote kt frens

    ReplyDelete
  2. Angah, super scrumptious fudgemellow delight! nampak lazat!!! oke confirm tempah untuk tunang and kahwin!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat