Wednesday, January 13, 2010

Sodium Carboxymethyl Cellulose


Sodium Carboxymethyl Cellulose....ha... berbelit lidah nak sebut. Nama senangnya ialah CMC. Ia juga dikenali sebagai Tylose powder atau Tylo powder.

Kegunaannya...? Dicampurkan dengan fondant untuk menjadi 'modelling paste'. Modelling paste adalah sesuai untuk membuat atau membentuk figurine. Sukatannya: 250gm fondant + 1/2 teaspoon CMC.

Dan jika ditambah air, CMC akan menjadi 'sugar glue' . Sugar glue adalah gam untuk menggabungkan figurine. Sukatannya: 1/2teaspoon CMC + 2 table spoon air suam. Biarkan semalaman dan ia akan jadi jernih spt gambar di atas. Simpan dlm peti sejuk. Ia tahan selama 2 minggu. Maklumat ni Angah dapat dari internet.
Puas Angah cari CMC ni. Tanya kedai-kedai berkenaan kat KL memanjang habis. Rupa-rupanya kat Melaka ada jual. Tapi tuan kedainya pun tak tahu yang dia ada jual dan tak tahu apa kegunaannya. Orang-orang KL kata CMC kat Melaka murah. 1kg - RM22.00.Chef Baini pesan 1kg.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat