Thursday, February 11, 2010

Cupcake Pertunangan Lyn & Pyz

Cupcake pertunangan kali ini bertemakan warna peach dan putih . Cupcake berperisa oren telah di order oleh Pn Rohaya Md Nor dari Pulau Pinang untuk dijadikan hantaran anak buahnya yang melangsungkan pertunangan di Wangsa Maju pada Disember 2009. Ini adalah sebagai hadiah daripada seorang ibu saudara kepada anak buahnya, yang cuma dikenali sebagai Lyn. Beliau begitu gembira serta berpuas hati dengan hasil hiasan cupcake yang ditempah.


Kedatangan Pn. Rohaya mengambil cupcake tempahannya disertai oleh anak beliau yang bernama Batrisia, berumur 6 tahun. Memandangkan terdapat cupcake yang berlebih, saya lalu menyapukan buttercream dan meletakkan topper yang berbentuk gadis comel diatasnya. Beliau membawa pulang 2 kotak cupcake yang bertopper untuk dikongsikan bersama sepupunya.


2 comments:

  1. comelnya topper tu.buat sendri ker? kreatif nya

    ReplyDelete
  2. topper girl bukan buat sendiri.Topper royal icing ni ada dijual kat yen.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat