Cupcake kat bawah ni dioder utk makan-makan.
Showing posts with label Chocolate Moist. Show all posts
Showing posts with label Chocolate Moist. Show all posts
Wednesday, May 18, 2011
Wednesday, April 27, 2011
Birthday Cakes
Salam semua. Llllaaaammmmaaaa sangat tak update blog Manis Manja. For now Angah akan upload gambar-gambar Birthday Cake dulu...Gambar-gambar kek yg lain akan menyusul A.S.A.P ok.
Utk Birthday cake ramai yg sukakan Chocolate Moist cake. Ada yang suka dgn Chocolate ganache.....ada lak yg suka dgn buttercream.
Utk kek Dora kat atas ni.....last minit order. Anak Pn Sakinah ni minat sgt kt Dora.....Angah cuba cari edible image Dora tapi dah abis....try call kawan yg buat edible image tapi dia tak jawab fon. Sibuk siapkan oder agaknya. Anak Pn. Sakinah nak kek Dora jugak. Princess tak nak.....Barbie pun tak nak.....nak kek Dora aje.
So last option...... Angah buat buttercream transfer. Angah akan buat tutorial on this technique A.S.A.P. So watch out.
Labels:
birthday,
choc ganache,
Chocolate Moist
Thursday, June 17, 2010
Happy Birthday Qamarina
Selamat Harijadi ke 12 Qamarina dan belajar rajin-rajin sbb tahun ni periksa UPSR. Semoga berjaya. Dan terima kasih daun keladi Pn. Norehan.
Labels:
birthday,
choc ganache,
Chocolate Moist,
cupcake
Monday, June 14, 2010
Amar Putra is 1 year old
Cupcake ni adalah repeat order dr Pn. Azra. Cupcake ni utk Amar Putra adik kepada Adam Putra. Sedap-sedap nama anak Pn. Azra ni. Lain sikit nama-namanya. Tak macam nama yang biasa di dengar. Angah tanya Pn. Azra ada keturunan kaum kerabat ke? Sambil tergelak Pn. Azra jawab......eh...tak adalah..... Tema utk cupcake ni ialah boy theme dan Pn Azra telah order 2 set.
Labels:
choc ganache,
Chocolate Moist,
cupcake
Merahnya Mak Ngah...
Wedding cake merah & putih ni ditempah oleh adik ipar angah utk adiknya Mariam. Warna Kegemaran Mariam ni dah semestinyalah merah. Masa bertunang tahun lepas pun cupcake yang ditempah bertemakan merah dan putih.
Fondant Merah ni Angah gunakan Satin Ice. Warnanya merahnya cantik dan senang digunakan. Angah masih belum mahir utk membuat fondant merah dlm kuantiti yg banyak. Jadi adalah lebih baik guna fondant warna yg sedia ada. Senang kerja he...he...
Labels:
choc ganache,
Chocolate Moist,
cupcake,
wedding
Monday, June 7, 2010
Ooppss....tersilap nama
Cupcake ni dipesan oleh Mimi, Setiausaha kepada Presiden Persatuan Lumba Basikal Malaysia. Cupcake ni semperna harijadi Mimi dan Ikhwan tu anak buah dia.... (seronok dpt auntie yg suka belanja).
Masa tengah decorate cupcake ni, seorang customer bernama Nani telefon utk order wedding cake. Setelah dpt segala info dr Nani, Angah pun sambung mendeco kek ni.....tapi dlm kepala ni dok fikir design yang Angah nak buat utk wedding kek Nani......asyik teringat Nani jer. Sampaikan nama Mimi pun Angah tertulis Nani.
Angah langsung tak perasan yang angah tersalah tulis nama tu. Malam sebelum hantar kek tu, nasib baik Angah tengok order list kat white board. La.... baru le perasan nama tu salah tulis.
Kalau tak mesti Mimi tanya siapa Nani?...he....he....he. Dan nasib baik gaklah ada cupcake lebih.
Cepat-cepat le Angah tukar nama. Ambil gambo pun kelang kabut. Sbb tulah gambonya tak berapa nak clear.
Labels:
choc ganache,
Chocolate Moist,
cupcake
Chocolate Moist Cupcake
Pn Siti Hajar dr Selandar order 50 pcs semperna harijadi ke 9 anak kembarnya Atirah & Atikah. Cupcake ni utk makan-makan bersama kawan-kawan di sekolah. Kata anak-anak Pn. Siti Hajar sayang nak makan cupcake ni sebab decorationnya cantik-cantik. He...he....he....
Selalunya bila buat cupcake dlm kuantiti yg banyak abang sayang angah akan tolong. Tp masa buat cupcake ni dia out station....jadi buatlah semuanya dr a-z sendiri. Hu...hu...hu...Adeh....sakit pinggang....(ngada-ngadanya)
Labels:
choc ganache,
Chocolate Moist,
cupcake
Tuesday, May 11, 2010
Tripple Celebration on Mother's Day!





Happy Birthday to Nurin Batrisyia & Azam Ammar. Dari pagi semalam saya telah sibuk di dapur menyediakan juadah untuk jamuan harijadi kedua-dua orang anak saya. Sepatutnya saya meraikan Hari Ibu tanpa perlu berbuat apa-apa. Demi anak yang kita sayangi...... apalah salahnya...Birthday Nurin jatuh pada 5hb Mei manakala Azam pula pada 30hb Mac dan ianya tidak dapat disambut kera nenek Mok telah dimasukkan ke hospital. Maka semalam, kedua-duanya menyambut birthday dengan dihadiri ramai kawan-kawan Nurin juga sepupu-sepupunya yang turut sama meraikan Hari Ibu di rumah saya. Mak Mertua saya turut hadir. Jiran-jiran turut memeriahkan jamuan birthday tersebut. Saya menyediaan spaghetti bolognese, nasi himpit segera & kuah kacang, kepak ayam madu, sosej & nugget goreng ducucuk lidi, cream caramel & agar-agar merah. Ini adalah menu minum petang jamuan birthday. Simple saja.....
Kakak ipar saya pula datang dengan membawa lauk-pauk berserta nasi putih untuk dijamu semua orang. Rezeki datang bergolek...... rezeki jangan ditolak..... hehehe.... terima kasih daun keladi, birthday yang lain masak le lagi.
Nurin request kek Barbie sebab dia minat Barbie & Princess. Lalu saya belikan mahkota princess dan selempang yang tertera 'I'm the birthday girl' untuknya. Kek Azam pula angka nombor 4 melambangkan 4 tahun umurnya dan saya hiaskan dengan coklat berbentuk kereta. Si Azam sangat meminati kereta seperti Mini, BMW, Ferrari, Porsche dan lain-lain. Azam juga dapat hadiah daripada papanya iaitu ke F1 Sepang.
Walaupun keletihan, saya berasa gembira kerana anak-anak begitu seronok dengan jamuan birthday yang diadakan& banyak hadiah yang diterima. Lewat malam, anak-anak mengucapkan terima kasih & selamat Hari Ibu kepada mama mereka. Ungkapan 'I love u too' yang sering diucapkan setiap malam oleh anak-anak menjadi lebih bermakna kepada saya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua terutama kepada Mummy Alijah Kasim, Mak Mertua Minah Assan, adik saya Manjawati, kakak ipar Hamidah, Anita & Ibah serta adik ipar Intan, Lin, Mawar, Ina & Izan.
Labels:
barbie,
birthday,
buttercream,
Chocolate Moist,
orange butter cake
Tuesday, May 4, 2010
The Bratz Have Arrived....You Go Girls.
Step aside Disney Princess........ Move over Barbie......... coz the Bratz have arrived.......You Go Girl!!!......he......he......he........ Kek ni angah buat untuk hari jadi my precious girl Aqilah, 10 thn & Nurin (sepupu dia) 8 thn. Dah peringkat umur macam ni dah kuranglah minat pada Disney Princess dan Barbie.Kalau dulu kejap-kejap nak jadi Princess or Barbie tapi skrang dah boring. Bratz is the in thing now. Ye lah dah nak masuk ke alam tweens. (Alamak risaunya)
Teknik utk buat fondant Bratz ni is more of a cut & paste. Kepada sesiapa yang nak buat fondant Bratz bleh le ke blog sandra-socake.blogspot.com. Ada bermacam-macam tutorial yang bleh kita ikuti. Cuma blog ni dah lama tidak di update. Walau bagaimanapun tutorialnya sangat berguna.
Labels:
cartoon,
choc ganache,
Chocolate Moist,
fondant
Wednesday, February 24, 2010
Maroon dan Putih
Set Cupcake hantaran ni ditempah oleh Cik Fazlin untuk majlis pertunangannya. Warna temanya maroon & putih. Design cupcake diserahkan sepenuhnya pada Angah. Jadi Angah pilih design fabric effect - frills. Bunga ros Angah sapukan luster dust. Nampaklah merelip-relip. Angah memang suka sapukan dust yang kilat-kilat ni. Nampak glamour gitu. Alhamdulillah Cik Fazlin sukakan design ni.
SELAMAT BERTUNANG FAZLIN DAN HAFIZ.
Labels:
Chocolate Moist,
cupcake,
fondant
Thursday, February 4, 2010
Adam Putra (sedapnya nama)
Pn Azra oder kek ni untuk anaknya Adam Putra. Sedapnya nama. Mulanya Pn. Azra nak oder tema Ben 10 tapi Adam Putra kata dia dah boring dgn Ben 10. Dia nak Upin & Ipin plak. Cayalah Upin & Ipin. Siapa yang tak suka kat bebudak 2 orang ni. Angah yang tua bangka ni pun minat.
Dan Sebenarnya (..he...he...he...macam lagu Yuna le plak) Pn. Azra nak oder cupcake jer tapi Adam Putra (sedapnya nama) nak potong kek dan nak tuip lilin. Jadi oder la juga satu kek kecil buat cukup syarat. Muka Upin & Ipin kat cupcake tu angah dapat idea dari bantal bentuk kepala Upin & Ipin kepunyaan anak bongsu Angah. ......Selamat Hari Jadi Adam Putra(sedapnya nama).
Labels:
birthday,
Chocolate Moist,
cupcake
Last minit
Kek ni sebenarnya last minit oder. Pn Salmah tepon Angah lebih kurang kul 10.00 pagi nak oder kek untuk anaknya. Nak celebrate malam tu. Dia nak ambil kek ni dalam pukul 4-5 petang. Memandangkan ari tu Angah free, Angah terima oder ni. Lupa le plak nak tanya nama anaknya. Jadi angah tulis jer dulu Selamat Hari Jadi. Nama anaknya ialah Suhaimi berumur 18 tahun.
Labels:
birthday,
Chocolate Moist
Tuesday, January 12, 2010
Isteri tersayang...
Kek ni dipesan oleh Pak Uda Angah.. untuk isteri tersayang. Pak Uda memang tiap-tiap tahun order kek utk harijadi Mak Uda. Tak pernah miss..... romantiknya......Bunga merah dan kuning atas kek tu ialah bunga ros fondant yg Angah buat sendiri. Tulisan icing...Angah kena practise banyak-banyak lagi....kureng!!!!!
Labels:
Chocolate Moist
Wednesday, December 9, 2009
Malulah
Chocolate moist cupcake memang menjadi favourite customer Angah. Rata-rata oder cupcake mesti nak chocolate moist. Yang ni oder dari Pn Maziah. Dia oder 2 set cupcake untuk anaknya Shafira yang menyambut harijadi ke 14. Masa tengah syok-syok menghias dan skit lagi nak abis....tiba-tiba suami Angah tanya....."betul ke awak eja nama dia? Sha...ke atau Sya..?". Angah rasa 'Sha' betul tapi telefon juga Pn. Maziah untuk confirm. Tengah bertanya-tanya tiba-tiba terdengar suara Shafira...."tak nak...tak nak nama atas kek..". Hairan... Angah tanya kenapa ? Katanya "MALUlah letak nama atas kek". He......he......he.......macam-macam. Tapi angah tetap buat juga....Bila tengok nama dia atas cupcake ni tersipu-sipu dia senyum malu.
Labels:
Chocolate Moist,
cupcake
Untukmu Guru
Gambar ni lambat di upload. Pesanan cupcake ni diterima dari Cikgu Ishak dan Cikgu Abada. Anak mereka dalam darjah 6 di SK Ayer Keruh. Cupcake ni adalah sebagai tanda terima kasih kepada guru-guru sekolah tersebut yang telah berhempas pulas mengajar murid-murid semua. Design untuk cupcake ni Cikgu Abada serahkan kepada Angah. Masa-masa ni teringat-ingat la cerita 'To Sir With Love' jadi Angah buatlah tema bunga dengan love dikelilingnya. Sambil buat sambil nyanyi lagunya. Seronok layan..he...he....he....teringat zaman muda-muda dulu.
Labels:
Chocolate Moist,
cupcake
Subscribe to:
Posts (Atom)






