Banner

Visitors

Showing posts with label buttercream. Show all posts
Showing posts with label buttercream. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Happy Birthday Gee Ishak



Cupcake ini ditempah oleh sepupu kepada adik ipar. Dia inginkan tema warna hijau dan tertera "Happy Birthday 32thn Gee Ishak". Semoga Gee dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dari semua kesulitan ........

Hope you'll like the cupcakes & designnya ............

Thursday, June 17, 2010

Happy Birthday BIG....24 thn ke????



Kek ni Angah buat khas utk harijadi adik Angah...Acik a.k.a Mr. BIG. Katanya umur dia baru 24 thn(perasan)....sbb dia sambut arijadi 3 thn sekali...he...he...he...Dan gigi dia tu??? Memang macam tu lah....sbb accident kt bilik air masa kecik-kecik....he...he....he....
Apa??? Nak tau umur Acik yg sebenonya.....boleh tapi kira sendiri ye.....24 thn + lg 14 thn = ???

Tuesday, May 11, 2010

Tripple Celebration on Mother's Day!






Happy Birthday to Nurin Batrisyia & Azam Ammar. Dari pagi semalam saya telah sibuk di dapur menyediakan juadah untuk jamuan harijadi kedua-dua orang anak saya. Sepatutnya saya meraikan Hari Ibu tanpa perlu berbuat apa-apa. Demi anak yang kita sayangi...... apalah salahnya...

Birthday Nurin jatuh pada 5hb Mei manakala Azam pula pada 30hb Mac dan ianya tidak dapat disambut kera nenek Mok telah dimasukkan ke hospital. Maka semalam, kedua-duanya menyambut birthday dengan dihadiri ramai kawan-kawan Nurin juga sepupu-sepupunya yang turut sama meraikan Hari Ibu di rumah saya. Mak Mertua saya turut hadir. Jiran-jiran turut memeriahkan jamuan birthday tersebut. Saya menyediaan spaghetti bolognese, nasi himpit segera & kuah kacang, kepak ayam madu, sosej & nugget goreng ducucuk lidi, cream caramel & agar-agar merah. Ini adalah menu minum petang jamuan birthday. Simple saja.....

Kakak ipar saya pula datang dengan membawa lauk-pauk berserta nasi putih untuk dijamu semua orang. Rezeki datang bergolek...... rezeki jangan ditolak..... hehehe.... terima kasih daun keladi, birthday yang lain masak le lagi.

Nurin request kek Barbie sebab dia minat Barbie & Princess. Lalu saya belikan mahkota princess dan selempang yang tertera 'I'm the birthday girl' untuknya. Kek Azam pula angka nombor 4 melambangkan 4 tahun umurnya dan saya hiaskan dengan coklat berbentuk kereta. Si Azam sangat meminati kereta seperti Mini, BMW, Ferrari, Porsche dan lain-lain. Azam juga dapat hadiah daripada papanya iaitu ke F1 Sepang.

Walaupun keletihan, saya berasa gembira kerana anak-anak begitu seronok dengan jamuan birthday yang diadakan& banyak hadiah yang diterima. Lewat malam, anak-anak mengucapkan terima kasih & selamat Hari Ibu kepada mama mereka. Ungkapan 'I love u too' yang sering diucapkan setiap malam oleh anak-anak menjadi lebih bermakna kepada saya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua terutama kepada Mummy Alijah Kasim, Mak Mertua Minah Assan, adik saya Manjawati, kakak ipar Hamidah, Anita & Ibah serta adik ipar Intan, Lin, Mawar, Ina & Izan.

Friday, April 23, 2010

Hepi Holiday

Cupcake ni dioder oleh Suzi, sorang lagi sepupu Angah. Dia & familinya berholiday di A Famosa Resort Melaka. Aaii....orang KL pun dah sampai kt situ, kita yg dok Melaka tak sampai-sampai.
Masa hantar cupcake tulah pertama kali sampai. Pekh.........besarnya resort ni. Suzi & famili sewa banglow. Setiap banglow ada swimming pool. Masa tengah pusing-pusing mencari banglow dia orang... tiba-tiba........eh..eh..macam pernah ku lihat banglow warna merah tu...
Oooo......rupanya banglow Biggest Loser Asia. Kt sini rupanya dia orang shooting.
Ingatkan nak berhenti ambil gambar.... tapi sebab dah senja-senja kala suami angah kata tak payah la. Nanti tertangkap gambar makhluk lain lak. He..he...he..

Thursday, February 11, 2010

Acara makan-makan & Harijadi Suffiah, Zahid & Pak Long



Acara makan-makan telah diadakan di rumah mak mertua, Kapar. Menu yang disediakan adalah steambot, ikan dan ayam bakar serta nasi goreng cina. Ini merupakan aktiviti yang kerap dilakukan oleh adik-beradik dan ipar duai apabila masing-masing sudah lama tidak bersua muka.
Di samping itu, diraikan juga harijadi Suffiah, Zahid & Pak Long. Saya mengambil kesempatan dengan membawa pulang kek perisa oren buttercream yang dihiasi anak patung & motosikal mainan. Acara meniup lilin dilakukan oleh Suffiah.

Monday, November 23, 2009

Barbie Doll Cakes


Ini adalah kek favourite bebudak perempuan. Bila tengok kek-kek ni, mulut dia orang mesti ternganga. Angah ada buat beberapa lagi kek Barbie doll ni tapi gambo2nya tak dapat dikesan.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat