Acara makan-makan telah diadakan di rumah mak mertua, Kapar. Menu yang disediakan adalah steambot, ikan dan ayam bakar serta nasi goreng cina. Ini merupakan aktiviti yang kerap dilakukan oleh adik-beradik dan ipar duai apabila masing-masing sudah lama tidak bersua muka.
Di samping itu, diraikan juga harijadi Suffiah, Zahid & Pak Long. Saya mengambil kesempatan dengan membawa pulang kek perisa oren buttercream yang dihiasi anak patung & motosikal mainan. Acara meniup lilin dilakukan oleh Suffiah.
No comments:
Post a Comment