Banner

Visitors

Showing posts with label orange flavour. Show all posts
Showing posts with label orange flavour. Show all posts

Wednesday, June 9, 2010

Bulk order for Alumtek KL



600 pcs cupcake ni dibuat dlm masa yang sangat lah terkejar-kejar. Oh my Gucci...... what a day preparing the cupcakes for Alumtek KL for their Career Guidance Day talk to students. Thank you very much for the order. I only have a day to complete this task dengan bantuan dari anak-anak. Thank you my little angels for helping your mama..... love u guys.

Asalnya malas nak ambil order yang last minute, tapi mengenangkan husband adalah ex-TIKL student, so I agree with it. Mulalah berfikir nak buat design macam mana ni...... such limited time..... aaaahhh....... then, I teringatkan Anis Borhan daripada Anisecupcake. I ada ternampak tools yang nak digunakan so that night, I rushed to Anis's house to buy the Brigitte Letterpress and end up buying few more tools. Seronok dapat berjumpa dengan Anis yang hasil kerja cupcakenya sangat cantik dan kemas, especially her fondant work on Ed Hardy. Wonderful...... BTW, nice knowing you ...... Anis and thanks for the tools too. Memang berbaloi-baloi.... jimat masa.

And the next day, the cupcakes ready to be sent to TIKL and after clearing the mess apalagi .......ganti tidur le jawapnya.


Thursday, February 11, 2010

Tempahan cupcake hantaran daripada Ibu Mertuaku



Ibu mertuaku pun sudah pandai menempah cupcake sebagai hadiah hantaran kepada anak saudaranya yang melangsungkan perkahwinan. Sebanyak 25 biji cupcake berperisa oren dan bertemakan warna biru & putih. Beliau memberi kebebasan untuk menghias cupcake. Saya telah menggunakan fondant untuk membentuk rama-rama dan bunga-bunga kecil . Inilah hasilnya......

Cupcake Pertunangan Lyn & Pyz

Cupcake pertunangan kali ini bertemakan warna peach dan putih . Cupcake berperisa oren telah di order oleh Pn Rohaya Md Nor dari Pulau Pinang untuk dijadikan hantaran anak buahnya yang melangsungkan pertunangan di Wangsa Maju pada Disember 2009. Ini adalah sebagai hadiah daripada seorang ibu saudara kepada anak buahnya, yang cuma dikenali sebagai Lyn. Beliau begitu gembira serta berpuas hati dengan hasil hiasan cupcake yang ditempah.


Kedatangan Pn. Rohaya mengambil cupcake tempahannya disertai oleh anak beliau yang bernama Batrisia, berumur 6 tahun. Memandangkan terdapat cupcake yang berlebih, saya lalu menyapukan buttercream dan meletakkan topper yang berbentuk gadis comel diatasnya. Beliau membawa pulang 2 kotak cupcake yang bertopper untuk dikongsikan bersama sepupunya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat