Banner

Visitors

Showing posts with label cc buttercream. Show all posts
Showing posts with label cc buttercream. Show all posts

Tuesday, June 22, 2010

Happy Birthday Dear






Cupcake yang ditempah oleh Sally Abu Bakar dari Tmn. Melawati ini adalah surprise untuk hubby tersayang, En. Shahir. Beliau telah menempah cupcake ini 2 minggu sebelum harijadi suaminya. Thank you for the order........

Bertuahnya En Shahir kerana isteri telah membuat surprise pada hari birthdaynya dengan sekotak cupcake berserta sejambak bunga dihantar sendiri ke pejabat si suami. Beliau telah mengambil cuti semata-mata ingin meraikan birthday orang yang disayangi......

Happy Birthday Shahir! Apa hadiah istimewa yang you dapat yek....

Wednesday, June 9, 2010

Bulk order for Alumtek KL



600 pcs cupcake ni dibuat dlm masa yang sangat lah terkejar-kejar. Oh my Gucci...... what a day preparing the cupcakes for Alumtek KL for their Career Guidance Day talk to students. Thank you very much for the order. I only have a day to complete this task dengan bantuan dari anak-anak. Thank you my little angels for helping your mama..... love u guys.

Asalnya malas nak ambil order yang last minute, tapi mengenangkan husband adalah ex-TIKL student, so I agree with it. Mulalah berfikir nak buat design macam mana ni...... such limited time..... aaaahhh....... then, I teringatkan Anis Borhan daripada Anisecupcake. I ada ternampak tools yang nak digunakan so that night, I rushed to Anis's house to buy the Brigitte Letterpress and end up buying few more tools. Seronok dapat berjumpa dengan Anis yang hasil kerja cupcakenya sangat cantik dan kemas, especially her fondant work on Ed Hardy. Wonderful...... BTW, nice knowing you ...... Anis and thanks for the tools too. Memang berbaloi-baloi.... jimat masa.

And the next day, the cupcakes ready to be sent to TIKL and after clearing the mess apalagi .......ganti tidur le jawapnya.


Wednesday, May 5, 2010

Cuppies For Hari Sukan TTDI Jaya






Anak saya bernama Farah Irdina telah memasuki Persatuan Usahawan Muda sekolah. Beliau telah meminta supaya saya menyediakan cupcake bagi menambahkan wang untuk persatuan tersebut. Jualan ini diadakan pada hari sukan sekolahnya. Saya berbesar hati kerana dapat membantu pihak sekolah mendedahkan ciri-ciri seorang usahawan kepada kanak-kanak sekolah. Saya merasakan bahawa anak-anak perlu mempunyai sikap boleh berniaga & berkemahiran dlm sesuatu yg mereka minati. Kemahiran ini akan membantu mereka untuk menempuh masa depan. Jualan cupcake telah mendapat sambutan yang hangat daripada ibubapa, para guru dan kanak-kanak yang berkunjung di hari sukan sekolah TTDI Jaya. Inilah saja sumbangan yang dapat saya berikan kepada pihak sekolah di mana anak-anak saya mendapat ilmu dunia & akhirat.

Monday, July 20, 2009

Happy Besday Dido



Kami membuat surprise party untuk sahabat lama yang pernah sama-sama melalui saat suka duka sewaktu bergelar penuntut di ITM Shah Alam. Aida Halim @ Dido menyambut hari lahir yang ke....... Panjang umurnya, panjang umurnya....

Malam itu, yang sempat menghadirkan diri ialah Suhaini, Ina Rahman, Rozki, Sally & hubby, Hasri & wife, Hakim & wife, Lyn Wahid and me. We had such a good time berkaraoke.
Happy Birthday Dido!!

Cupcake Princess untuk Hari Jadi Nurin




Nurin menyambut harijadinya di kelilingi kawan-kawan sekelasnya. Sebenarnya dia nakkan Barbie Doll kek untuk harjadinya, tapi saya tak sempat membuatnya. Jadi, saya memujuknya dengan cupcake edible image princess dan barbie. Ternyata dia sungguh gembira . Kegembiraan anak-anak merupakan perkara utama bagi saya. Semoga panjang umur dan diberkati Allah..... Happy Birthday..... anakku...

Orders from Farah's friends




Cupcake saya sering di order oleh kawan-kawan anak yang berada dalam kelas 5. Ini adalah beberapa contoh cupcake yg dilukis sendiri. Bab melukis bukanlah kepakaran saya. Hasilnya bolehlah tahan (masuk bakul,angkat sendiri). Hehehe....

Happy Besday Syahirah Umairah




Cupcake ini di order oleh Syahirah Umairah dari Sek. Keb. TTDI Jaya Shah Alam. Dia telah membuat pesanan cupcake melalui anak saya yang sekelas dengannya. Hari Jadinya telah diraikan di sekolah dikelilingi rakan-rakan sekelas. Terima kasih daun keladi, lain tahun order lagi dari auntie ye sayang. Semoga Allah memberkati mu... Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat