Saya telah membuat cupcake sebagai salah satu hantaran dari si kumbang untuk si bunga sunflower...... Diharapkan Siti Nor gembira mendapat cupcake tersebut..............
Showing posts with label orange butter cake. Show all posts
Showing posts with label orange butter cake. Show all posts
Tuesday, June 22, 2010
Selamat Bertunang Faisal & Siti Nor
Gambar Faisal & tunangnya Siti Nor ini di ambil sehari selepas mereka bertunang pada 4/6/2010 di rumah Cik Hashim yang melangsungkan pertunangan anaknya Cik Cha pada keesokan harinya iaitu 5/6/2010. Faisal & Cik Cha merupakan adik sepupu saya........ alamak.... dah berusia saya ni, sedangkan mereka baru nak bertunang-tunangan....... hehehe......
Labels:
fondant,
orange butter cake
Happy Birthday Gee Ishak


Cupcake ini ditempah oleh sepupu kepada adik ipar. Dia inginkan tema warna hijau dan tertera "Happy Birthday 32thn Gee Ishak". Semoga Gee dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan dari semua kesulitan ........
Hope you'll like the cupcakes & designnya ............
Labels:
buttercream,
fondant,
orange butter cake
Wednesday, May 12, 2010
Happy Mother's Day Mummy ....bunga kubur??....
Ini le kek yg Angah buat utk Mummy Dearest semperna Hari Ibu. Seronok tengok muka mummy happy masa nak buka kotak kek. Bila dah buka kotak kek she was surprised......'oooo my favorite flower...' Bila Mummy tunjukkan pada Ayah angah, dia kata....'bunga kubur???'
Ya. inilah bunga kegemaran Mummy. Bunga Kemboja atau bunga kubur atau Frangipani. Memang dah lama berniat nk buatkan bunga ni utk Mummy. Cupcake pula Angah buat orange buttercake dgn strawbery filling, another one of her favourite. Seronok bila dapat buatkan benda2 kegemaran Mummy.
Pokok kemboja ni Mummy tanam kt belakang rumah dan dalam pasu pun ada. Bermacam-macam warna ada tapi warna favourite mummy ialah putih. Ayah plak bising sebab katanya macam tanah perkuburan...he..he...he....According to Mummy pokok kemboja ni banyak di ekspot ke luar negara. Harga sebatang pokok kemboja blh mencecah sampai RM8000.00.......mak ooooiiii.
Pada Hari Ibu ,Acik (adik Angah) belanja kami makan2 di EQ Hotal Melaka dan kemudian kami meronda-ronda & shopping2 di Dataran Pahlawan. THANX ACIK.
Mummy dgn cucu-cucunya
Meronda-ronda di Dataran Pahlawan
Labels:
cupcake,
fondant,
Frangipani,
orange butter cake
Tuesday, May 11, 2010
Tripple Celebration on Mother's Day!





Happy Birthday to Nurin Batrisyia & Azam Ammar. Dari pagi semalam saya telah sibuk di dapur menyediakan juadah untuk jamuan harijadi kedua-dua orang anak saya. Sepatutnya saya meraikan Hari Ibu tanpa perlu berbuat apa-apa. Demi anak yang kita sayangi...... apalah salahnya...Birthday Nurin jatuh pada 5hb Mei manakala Azam pula pada 30hb Mac dan ianya tidak dapat disambut kera nenek Mok telah dimasukkan ke hospital. Maka semalam, kedua-duanya menyambut birthday dengan dihadiri ramai kawan-kawan Nurin juga sepupu-sepupunya yang turut sama meraikan Hari Ibu di rumah saya. Mak Mertua saya turut hadir. Jiran-jiran turut memeriahkan jamuan birthday tersebut. Saya menyediaan spaghetti bolognese, nasi himpit segera & kuah kacang, kepak ayam madu, sosej & nugget goreng ducucuk lidi, cream caramel & agar-agar merah. Ini adalah menu minum petang jamuan birthday. Simple saja.....
Kakak ipar saya pula datang dengan membawa lauk-pauk berserta nasi putih untuk dijamu semua orang. Rezeki datang bergolek...... rezeki jangan ditolak..... hehehe.... terima kasih daun keladi, birthday yang lain masak le lagi.
Nurin request kek Barbie sebab dia minat Barbie & Princess. Lalu saya belikan mahkota princess dan selempang yang tertera 'I'm the birthday girl' untuknya. Kek Azam pula angka nombor 4 melambangkan 4 tahun umurnya dan saya hiaskan dengan coklat berbentuk kereta. Si Azam sangat meminati kereta seperti Mini, BMW, Ferrari, Porsche dan lain-lain. Azam juga dapat hadiah daripada papanya iaitu ke F1 Sepang.
Walaupun keletihan, saya berasa gembira kerana anak-anak begitu seronok dengan jamuan birthday yang diadakan& banyak hadiah yang diterima. Lewat malam, anak-anak mengucapkan terima kasih & selamat Hari Ibu kepada mama mereka. Ungkapan 'I love u too' yang sering diucapkan setiap malam oleh anak-anak menjadi lebih bermakna kepada saya.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua terutama kepada Mummy Alijah Kasim, Mak Mertua Minah Assan, adik saya Manjawati, kakak ipar Hamidah, Anita & Ibah serta adik ipar Intan, Lin, Mawar, Ina & Izan.
Labels:
barbie,
birthday,
buttercream,
Chocolate Moist,
orange butter cake
Wednesday, May 5, 2010
Cupcake Selamat Pengantin Baru



Saya menerima panggilan dari Puan Salbiah yang ingin menempah cupcake sebagai hantaran untuk anak saudaranya yang melangsungkan perkahwinan. Puan Salbiah merupakan ibu kepada kawan anak saya. Beliau mempunyai 2 buah kedai menjual buku-buku teks dan alat tulis di Bandar Manajalara. Beliau memberikan saya warna tema pengantin dan hiasannya terpulanglah kepada saya menghasilkannya. Maka inilah cupcake yang telah ditempah oleh Puan Salbiah dan berterima kasih kepada saya kerana masih menerima tempahan beliau walaupun dalam masa yang suntuk.
Terima Kasih daun keladi, lain kali order lagi ye.....
Labels:
fondant,
hantaran,
orange butter cake
Cuppies For Hari Sukan TTDI Jaya






Anak saya bernama Farah Irdina telah memasuki Persatuan Usahawan Muda sekolah. Beliau telah meminta supaya saya menyediakan cupcake bagi menambahkan wang untuk persatuan tersebut. Jualan ini diadakan pada hari sukan sekolahnya. Saya berbesar hati kerana dapat membantu pihak sekolah mendedahkan ciri-ciri seorang usahawan kepada kanak-kanak sekolah. Saya merasakan bahawa anak-anak perlu mempunyai sikap boleh berniaga & berkemahiran dlm sesuatu yg mereka minati. Kemahiran ini akan membantu mereka untuk menempuh masa depan. Jualan cupcake telah mendapat sambutan yang hangat daripada ibubapa, para guru dan kanak-kanak yang berkunjung di hari sukan sekolah TTDI Jaya. Inilah saja sumbangan yang dapat saya berikan kepada pihak sekolah di mana anak-anak saya mendapat ilmu dunia & akhirat.
Wednesday, February 24, 2010
Gong Xi Fa Cai
Kek Walnut Carrot with cream cheese frosting ni plak, mummy Angah yang oder untuk jiran sebelah, Uncle Ah Hock. Uncle Ah Hock ni buka Hardware Store. Besar punya. Ada jual macam-macam; batu, kayu, besi, besar, kecil, tebal, nipis ....bak kata mat saleh 'you name it he got it'. Sesuai sangatlah dengan mummy Angah yang hobbynya.......renovate rumah..he..he..he...(bukan suka-suka tapi sedara-mara raaaammmmmaaaiii)
Subscribe to:
Posts (Atom)










