Banner

Visitors

Showing posts with label choc ganache. Show all posts
Showing posts with label choc ganache. Show all posts

Thursday, April 19, 2012

Twin Birthday Boys





Kek-Kek di atas ni diorder oleh Fairuz utk anak-anak kembarnya. Temanya Boiboi Boy Miqaell & Idraqell dah masuk 3 tahun. Boiboi Boykan ada 3 kuasa. Sekali lagi Chocolate Moist Cake jadi pilihan. Fairuz juga order 1 set Red Velvet cupcake.
Fairuz kata kek-kek ni sedap dan kawan-kawan dia berminat utk order.Alhamdulillah kawan-kawan Fairuz dah pun mula order dan ada yg repeat order. Terima Kasih Fairuz.

Wednesday, April 27, 2011

Birthday Cakes





Salam semua. Llllaaaammmmaaaa sangat tak update blog Manis Manja. For now Angah akan upload gambar-gambar Birthday Cake dulu...Gambar-gambar kek yg lain akan menyusul A.S.A.P ok.




Utk Birthday cake ramai yg sukakan Chocolate Moist cake. Ada yang suka dgn Chocolate ganache.....ada lak yg suka dgn buttercream.


Utk kek Dora kat atas ni.....last minit order. Anak Pn Sakinah ni minat sgt kt Dora.....Angah cuba cari edible image Dora tapi dah abis....try call kawan yg buat edible image tapi dia tak jawab fon. Sibuk siapkan oder agaknya. Anak Pn. Sakinah nak kek Dora jugak. Princess tak nak.....Barbie pun tak nak.....nak kek Dora aje.


So last option...... Angah buat buttercream transfer. Angah akan buat tutorial on this technique A.S.A.P. So watch out.

Thursday, June 17, 2010

Happy Birthday Qamarina

Cupcake ni adalah repeat order dr Pn Norehan. Kali ni diorder utk anak gadisnya Qamarina yg mnyambut harijadi yg ke 12. Dia sukakan warna pink dan temanya 'Girly'. Dia tak nak tema yg kebudak-budakan. Maklumlah dah masuk alam 'tweens', selera pun dah lain. Pada umur2 macam ni mestilah lebih minat pada fesyen, muzik dan mula berjinak2 dgn make -up. Apa-apa pun pelajaran tetap no 1.
Selamat Harijadi ke 12 Qamarina dan belajar rajin-rajin sbb tahun ni periksa UPSR. Semoga berjaya. Dan terima kasih daun keladi Pn. Norehan.

Monday, June 14, 2010

Amar Putra is 1 year old





Cupcake ni adalah repeat order dr Pn. Azra. Cupcake ni utk Amar Putra adik kepada Adam Putra. Sedap-sedap nama anak Pn. Azra ni. Lain sikit nama-namanya. Tak macam nama yang biasa di dengar. Angah tanya Pn. Azra ada keturunan kaum kerabat ke? Sambil tergelak Pn. Azra jawab......eh...tak adalah..... Tema utk cupcake ni ialah boy theme dan Pn Azra telah order 2 set.

Merahnya Mak Ngah...








Wedding cake merah & putih ni ditempah oleh adik ipar angah utk adiknya Mariam. Warna Kegemaran Mariam ni dah semestinyalah merah. Masa bertunang tahun lepas pun cupcake yang ditempah bertemakan merah dan putih.
Fondant Merah ni Angah gunakan Satin Ice. Warnanya merahnya cantik dan senang digunakan. Angah masih belum mahir utk membuat fondant merah dlm kuantiti yg banyak. Jadi adalah lebih baik guna fondant warna yg sedia ada. Senang kerja he...he...


Monday, June 7, 2010

Ooppss....tersilap nama



Cupcake ni dipesan oleh Mimi, Setiausaha kepada Presiden Persatuan Lumba Basikal Malaysia. Cupcake ni semperna harijadi Mimi dan Ikhwan tu anak buah dia.... (seronok dpt auntie yg suka belanja).
Masa tengah decorate cupcake ni, seorang customer bernama Nani telefon utk order wedding cake. Setelah dpt segala info dr Nani, Angah pun sambung mendeco kek ni.....tapi dlm kepala ni dok fikir design yang Angah nak buat utk wedding kek Nani......asyik teringat Nani jer. Sampaikan nama Mimi pun Angah tertulis Nani.
Angah langsung tak perasan yang angah tersalah tulis nama tu. Malam sebelum hantar kek tu, nasib baik Angah tengok order list kat white board. La.... baru le perasan nama tu salah tulis.
Kalau tak mesti Mimi tanya siapa Nani?...he....he....he. Dan nasib baik gaklah ada cupcake lebih.
Cepat-cepat le Angah tukar nama. Ambil gambo pun kelang kabut. Sbb tulah gambonya tak berapa nak clear.

Chocolate Moist Cupcake


Chocolate Moist cupcake ni dioder oleh 2 org pada masa yang sama. Cikgu Zawati dr Sek. Ren. Tanjung Minyak order sebanyak 100 biji utk murid-muridnya.
Pn Siti Hajar dr Selandar order 50 pcs semperna harijadi ke 9 anak kembarnya Atirah & Atikah. Cupcake ni utk makan-makan bersama kawan-kawan di sekolah. Kata anak-anak Pn. Siti Hajar sayang nak makan cupcake ni sebab decorationnya cantik-cantik. He...he....he....
Selalunya bila buat cupcake dlm kuantiti yg banyak abang sayang angah akan tolong. Tp masa buat cupcake ni dia out station....jadi buatlah semuanya dr a-z sendiri. Hu...hu...hu...Adeh....sakit pinggang....(ngada-ngadanya)

Tuesday, May 4, 2010

The Bratz Have Arrived....You Go Girls.





Step aside Disney Princess........ Move over Barbie......... coz the Bratz have arrived.......You Go Girl!!!......he......he......he........ Kek ni angah buat untuk hari jadi my precious girl Aqilah, 10 thn & Nurin (sepupu dia) 8 thn. Dah peringkat umur macam ni dah kuranglah minat pada Disney Princess dan Barbie.Kalau dulu kejap-kejap nak jadi Princess or Barbie tapi skrang dah boring. Bratz is the in thing now. Ye lah dah nak masuk ke alam tweens. (Alamak risaunya)
Teknik utk buat fondant Bratz ni is more of a cut & paste. Kepada sesiapa yang nak buat fondant Bratz bleh le ke blog sandra-socake.blogspot.com. Ada bermacam-macam tutorial yang bleh kita ikuti. Cuma blog ni dah lama tidak di update. Walau bagaimanapun tutorialnya sangat berguna.

Wednesday, February 10, 2010

Happy Birthday Husna



Kek chocolate ganache ini telah di order oleh Pn. Liza dari Sek . 7 Shah Alam sempena hari lahir anaknya yang bernama Husna. Beliau meminta edible image gambar Barbie kerana Husna sangat meminati Barbie Doll. Acara meniup lilin & memotong kek akan dilakukan di tadika. Di samping itu 25 biji cupcake juga di order dengan edible image karakter Pocoyo, Eli & Tinky Bird untuk budak lelaki dan 25 biji cupcake pula dengan edible image Barbie dan Princess.
Di harapkan adik Husna gembira dengan kek tersebut. Terima kasih kepada Pn. Liza.

SELAMAT HARI JADI HUSNA

Monday, July 20, 2009

Happy Besday Dido



Kami membuat surprise party untuk sahabat lama yang pernah sama-sama melalui saat suka duka sewaktu bergelar penuntut di ITM Shah Alam. Aida Halim @ Dido menyambut hari lahir yang ke....... Panjang umurnya, panjang umurnya....

Malam itu, yang sempat menghadirkan diri ialah Suhaini, Ina Rahman, Rozki, Sally & hubby, Hasri & wife, Hakim & wife, Lyn Wahid and me. We had such a good time berkaraoke.
Happy Birthday Dido!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat