Banner

Visitors

Showing posts with label strawberi flavour. Show all posts
Showing posts with label strawberi flavour. Show all posts

Wednesday, May 5, 2010

Cuppies For Hari Sukan TTDI Jaya






Anak saya bernama Farah Irdina telah memasuki Persatuan Usahawan Muda sekolah. Beliau telah meminta supaya saya menyediakan cupcake bagi menambahkan wang untuk persatuan tersebut. Jualan ini diadakan pada hari sukan sekolahnya. Saya berbesar hati kerana dapat membantu pihak sekolah mendedahkan ciri-ciri seorang usahawan kepada kanak-kanak sekolah. Saya merasakan bahawa anak-anak perlu mempunyai sikap boleh berniaga & berkemahiran dlm sesuatu yg mereka minati. Kemahiran ini akan membantu mereka untuk menempuh masa depan. Jualan cupcake telah mendapat sambutan yang hangat daripada ibubapa, para guru dan kanak-kanak yang berkunjung di hari sukan sekolah TTDI Jaya. Inilah saja sumbangan yang dapat saya berikan kepada pihak sekolah di mana anak-anak saya mendapat ilmu dunia & akhirat.

Monday, July 20, 2009

Happy Besday Dido



Kami membuat surprise party untuk sahabat lama yang pernah sama-sama melalui saat suka duka sewaktu bergelar penuntut di ITM Shah Alam. Aida Halim @ Dido menyambut hari lahir yang ke....... Panjang umurnya, panjang umurnya....

Malam itu, yang sempat menghadirkan diri ialah Suhaini, Ina Rahman, Rozki, Sally & hubby, Hasri & wife, Hakim & wife, Lyn Wahid and me. We had such a good time berkaraoke.
Happy Birthday Dido!!

Cupcake Princess untuk Hari Jadi Nurin




Nurin menyambut harijadinya di kelilingi kawan-kawan sekelasnya. Sebenarnya dia nakkan Barbie Doll kek untuk harjadinya, tapi saya tak sempat membuatnya. Jadi, saya memujuknya dengan cupcake edible image princess dan barbie. Ternyata dia sungguh gembira . Kegembiraan anak-anak merupakan perkara utama bagi saya. Semoga panjang umur dan diberkati Allah..... Happy Birthday..... anakku...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat