Banner

Visitors

Showing posts with label Frangipani. Show all posts
Showing posts with label Frangipani. Show all posts

Wednesday, May 12, 2010

Happy Mother's Day Mummy ....bunga kubur??....




Ini le kek yg Angah buat utk Mummy Dearest semperna Hari Ibu. Seronok tengok muka mummy happy masa nak buka kotak kek. Bila dah buka kotak kek she was surprised......'oooo my favorite flower...' Bila Mummy tunjukkan pada Ayah angah, dia kata....'bunga kubur???'

Ya. inilah bunga kegemaran Mummy. Bunga Kemboja atau bunga kubur atau Frangipani. Memang dah lama berniat nk buatkan bunga ni utk Mummy. Cupcake pula Angah buat orange buttercake dgn strawbery filling, another one of her favourite. Seronok bila dapat buatkan benda2 kegemaran Mummy.

Pokok kemboja ni Mummy tanam kt belakang rumah dan dalam pasu pun ada. Bermacam-macam warna ada tapi warna favourite mummy ialah putih. Ayah plak bising sebab katanya macam tanah perkuburan...he..he...he....According to Mummy pokok kemboja ni banyak di ekspot ke luar negara. Harga sebatang pokok kemboja blh mencecah sampai RM8000.00.......mak ooooiiii.

Pada Hari Ibu ,Acik (adik Angah) belanja kami makan2 di EQ Hotal Melaka dan kemudian kami meronda-ronda & shopping2 di Dataran Pahlawan. THANX ACIK.

Mummy dgn cucu-cucunya

Mummy dgn Zainab(wife Acik) & Acik a.k.a BIG



Meronda-ronda di Dataran Pahlawan

Tuesday, April 27, 2010

Miniature Cake

Miniature cake atau mini kek agak baru di pasaran terutama di Melaka. Mini kek ni sesuai utk dijadikan hantaran pertunangan dan perkahwinan. Ada juga yang jadikan mini kek ni sebagai kek perkahwinan dan cenderahati atau doorgift.


Sweetheart

Blossom Beauty

Kepada sesiapa yang nak belajar buat bunga Frangipani atau Kemboja ni.....sila lawati blog Nurainie's Cupcake Project di acupcakeproject.blogspot.com . Ada banyak tutorial yang boleh diikuti. The instructions are easy to understand and very clear.



Silver Blues


Lovely Pink

4 design mini kek

Seperti biasa Angah sukakan kilat-kilatan. Untuk My Sweetheart & Blossom Beauty Angah gunakan luster dust dan pearl dust. Untuk Silver Blues dan Lovely Pink Angah gunakan Sheen Airbrush Colour dari AmeriColor. Angah tak ada airbrush.....jadi Angah sapukan terus atas fondant dgn brush. Untuk warna silver tu Angah buat 2 coating supaya warnanya lebih rata dan terang.

For MINIATURE CAKE prices & inquiries pls call, SMS or e-mail to us.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat