Banner

Visitors

Showing posts with label choc moist. Show all posts
Showing posts with label choc moist. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Untuk Makan-makan





Kek kat atas ni ditempah oleh Pn Habibah dr Kuala Lumpur. Pn Habibah ni sedara-mara pihak pengantin lelaki. Kek ni ditempah utk pihak pengantin perempuan makan-makan. Masa hantar kek ni, pengantin perempuannya keliru sikit....maklumla surprise....Dia ingatkan kek-kek ni adalah kek kahwin...kemudian dia ingatkan kek hantaran. Saya terangkan kat dia kek ni utk makan-makan pihak perempuan dan bukan kek hantaran.

Thursday, May 13, 2010

Ben 10 ...No.....No...








Cupcake ni dioder oleh Pn Ain utk birthday anaknya Irfan. Sebenarnya Pn. Ain telefon Kak Shikin utk order ni. Tapi sebab ordernya dah penuh dia berikan Pn Ain no tel Angah. TQ kak. Irfan ni kata mamanya sgt obsessed ngan Ben 10.
Masa Pn Ain datang utk collect cupcake ni Irfan pun ada sama. Mamanya tanya suka tak cupcake ni? Irfan jawab.....'No....No....' Aaallllamak.......(berderau darah)...... dia tak suka la. Irfan terus lari ke banner Angah dan tunjuk gambar kek Ben 10 kt banner tu....'That one.....that one...'
Rupa-rupanya dia nak kek yang besar dgn gambar Ben 10.......oooooo.....Memang Pn Ain nak order kek besar ni. Nak celebrate birthday Irfan kat Tadika dia. Cupcake tu utk makan-makan di rumah. Minggu seterusnya Pn Ain order kek besar.
Dan sekali lagi Irfan ikut mamanya utk collect kek Ben 10nya. Mamanya tanya...... 'suka tak?.....
Kali ni dia anggukkan kepalanya banyak kali......phew....lega.




Wednesday, May 5, 2010

Cuppies For Hari Sukan TTDI Jaya






Anak saya bernama Farah Irdina telah memasuki Persatuan Usahawan Muda sekolah. Beliau telah meminta supaya saya menyediakan cupcake bagi menambahkan wang untuk persatuan tersebut. Jualan ini diadakan pada hari sukan sekolahnya. Saya berbesar hati kerana dapat membantu pihak sekolah mendedahkan ciri-ciri seorang usahawan kepada kanak-kanak sekolah. Saya merasakan bahawa anak-anak perlu mempunyai sikap boleh berniaga & berkemahiran dlm sesuatu yg mereka minati. Kemahiran ini akan membantu mereka untuk menempuh masa depan. Jualan cupcake telah mendapat sambutan yang hangat daripada ibubapa, para guru dan kanak-kanak yang berkunjung di hari sukan sekolah TTDI Jaya. Inilah saja sumbangan yang dapat saya berikan kepada pihak sekolah di mana anak-anak saya mendapat ilmu dunia & akhirat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat