Banner

Visitors

Showing posts with label blueberry cake. Show all posts
Showing posts with label blueberry cake. Show all posts

Monday, July 5, 2010

Untuk Makan-makan





Kek kat atas ni ditempah oleh Pn Habibah dr Kuala Lumpur. Pn Habibah ni sedara-mara pihak pengantin lelaki. Kek ni ditempah utk pihak pengantin perempuan makan-makan. Masa hantar kek ni, pengantin perempuannya keliru sikit....maklumla surprise....Dia ingatkan kek-kek ni adalah kek kahwin...kemudian dia ingatkan kek hantaran. Saya terangkan kat dia kek ni utk makan-makan pihak perempuan dan bukan kek hantaran.

Friday, April 23, 2010

Selamat Hari Jadi Ibu

Pada 6.4.10 adalah harijadi ibu (mak mertua Angah). Ini adalah harijadinya yang ke 75. Alhamdullilah kesihatannya masih baik dan dia seorang yang aktif. Ibu sangat menjaga pemakanannya. Cuma bila dah usia sebegini, sakit-sakit lutut, pinggang dan sendi adalah biasa. Bila harijadi ibu kami semua biasanya keluar makan beramai-ramai. Seronok dapat berkumpal ramai-ramai. Tahun ni kami makan di Pizza Hut. Ibu suka makan pizza. Ramai jugak keluarga lain yang menyambut harijadi di Pizza Hut pada hari tu.

Acara memotong kek selepas melahap pizza.

3 Generasi. Ibu bersama Kak Su (kakak ipar Angah) dan 2 orang cucu daranya Wawa & Cha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat