Banner

Visitors

Tuesday, June 23, 2009

Decorathon.









Ini ialah order masa cuti sekolah. Semua order ni ditempah 6/6/09. Masa tarikh nilah pulak the whole extended famili pergi bercuti. Tak dapat join. Customers comes first. Tempahan yang angah terima ialah dua birthday kek, satu kek hantaran, 100 cupcake dan 50 cupcake kahwin.
Semua kek and cupcake angah bakar on 4/6/09. Dan pada 5/6/09..... bermulalah decorathon. Dari pukul sembilan pagi sampai pukul 10 malam. Nasib baiklah untuk cupcake kahwin Along dah siapkan the top tier the night before. Along jugak dah siapkan fondant deco untuk cupcake kahwin.
Habis je decorathon, kemas apa-apa yang patut dan terrrussss tidur. Besok paginya barulah kemasthon pulak. Sekali lagi suami tersayang bannyyakkk membantu. Tolong jaga anak kecik yang demam, tolong ambil gambar, tolong packing dan tolong jadi dispatch. Besoknya tolong sapu dan mop satu rumah. Terima kasih daun keladi sayang.

Esok-esoknya pulak terus Angah demam. Tonsil bengkak sebab kurang minum air.
Masa tengah syok mendeco memang tak berapa nak ingat benda-benda lain. Lagi satu, malas nak buat trip ke toilet. Leceh la. Dah baik demam tonsil kena pulak demam selsema.
Pergi klinik, Dr. Rohani tak ada, pergi umrah. Doktor gantinya pulak bagi ubat tak refer rekod.
Akibatnya sambil deman selsama sambil gastrik.Masyalah. Macam-macam hal.

Layan Anak- Anak

Hazim, 11 thn
Aqilah, 9 thn

Dah lama tak update blog. Sibuk sikit dgn anak-anak. Dia orang pun nak blog jugak. Jadi saya ajarkan macammana nak buat. Tapi last-last kita jugalah yang buatkan. Hazim minat sangat melukis. Jadi blognya ialah Hazims Studio. Aqilah pulak minat memasak dan bercita-cita nak jadi chef dan ada program memasak kat TV . Jadi blog dia ialah Impian Aqila.



Wednesday, May 20, 2009

Tiga kali seminggu
















Minggu lepas agak sibuk sikit. Angah dapat tempahan dari Cikgu Mastura dari Sekolah Menengah Bukit Katil. Cikgu Mastura adalah guru Persatuan Pengawas sekolah tu. Untuk mencari pendapatan lebih bagi persatuan, Cikgu Mastura telah menempah sebanyak 150 biji cupcake pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat untuk dijual kepada warga sekolah tersebut.

Pada hari Rabu, Angah gantikan cupcake dengan donat celup coklat sebab fikirkan muaklah pulak hari-hari makan cupcake. Alhamdullilah laris. Tapi sayangnya tak sempat ambil gambar sebab siap je terus hantar ke sekolah. Gara-gara ngantuk la ni. Maklumlah pagi-pagi dah bangun nak siapkan semuanya. . Dah lepas sarapan baru teringat tak ambil gambar.

Pesatuan Pusat Sumber juga membuat tempahan semperna hari guru sebanyak 120 biji cupcake. Kemudian kawan Cikgu Mastura pula order 200 biji cupcake untuk dibuat jualan di sekolah anaknya.Terima kasih semua. Terima kasih daun keladi. Kepada cikgu-cikgu semua, Angah ucapkan Selamat Hari Guru.

Sepanjang minggu lalu, Angah banyak dibantu oleh suami tersayang. Sangat cekap. Siap satu dulang terus susun dalam kotak. Tersangat cekap sehingga belum sempat ambil gambar dia dah susun dalam kotak. Dah susun tu tak rajin le pulak nak keluarkan balik. Jadi ini jelah gambar-gambar yang sempat dirakam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat