Banner

Visitors

Wednesday, May 5, 2010

Cuppies For Hari Sukan TTDI Jaya






Anak saya bernama Farah Irdina telah memasuki Persatuan Usahawan Muda sekolah. Beliau telah meminta supaya saya menyediakan cupcake bagi menambahkan wang untuk persatuan tersebut. Jualan ini diadakan pada hari sukan sekolahnya. Saya berbesar hati kerana dapat membantu pihak sekolah mendedahkan ciri-ciri seorang usahawan kepada kanak-kanak sekolah. Saya merasakan bahawa anak-anak perlu mempunyai sikap boleh berniaga & berkemahiran dlm sesuatu yg mereka minati. Kemahiran ini akan membantu mereka untuk menempuh masa depan. Jualan cupcake telah mendapat sambutan yang hangat daripada ibubapa, para guru dan kanak-kanak yang berkunjung di hari sukan sekolah TTDI Jaya. Inilah saja sumbangan yang dapat saya berikan kepada pihak sekolah di mana anak-anak saya mendapat ilmu dunia & akhirat.

Tuesday, May 4, 2010

The Bratz Have Arrived....You Go Girls.





Step aside Disney Princess........ Move over Barbie......... coz the Bratz have arrived.......You Go Girl!!!......he......he......he........ Kek ni angah buat untuk hari jadi my precious girl Aqilah, 10 thn & Nurin (sepupu dia) 8 thn. Dah peringkat umur macam ni dah kuranglah minat pada Disney Princess dan Barbie.Kalau dulu kejap-kejap nak jadi Princess or Barbie tapi skrang dah boring. Bratz is the in thing now. Ye lah dah nak masuk ke alam tweens. (Alamak risaunya)
Teknik utk buat fondant Bratz ni is more of a cut & paste. Kepada sesiapa yang nak buat fondant Bratz bleh le ke blog sandra-socake.blogspot.com. Ada bermacam-macam tutorial yang bleh kita ikuti. Cuma blog ni dah lama tidak di update. Walau bagaimanapun tutorialnya sangat berguna.

Happy 30th Anniversary








Kek ni dioder oleh Mak Lang Angah semperna wedding anniversarynya yang ke 30 .....WOW....Sebenarnya Mak Lang Angah buat kenduri sebab dia dan suami akan mengerjakan umrah. Jadi acara memotong kek ni diselitkan pada hujung-hujung majlis. Semoga mereka selamat mengerjakan umrah dan selamat kembali. Dan semoga mereka akan dapat menyambut lebih banyak lagi anniversary seterusnya....Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat