Wednesday, May 5, 2010

Cuppies For Hari Sukan TTDI Jaya






Anak saya bernama Farah Irdina telah memasuki Persatuan Usahawan Muda sekolah. Beliau telah meminta supaya saya menyediakan cupcake bagi menambahkan wang untuk persatuan tersebut. Jualan ini diadakan pada hari sukan sekolahnya. Saya berbesar hati kerana dapat membantu pihak sekolah mendedahkan ciri-ciri seorang usahawan kepada kanak-kanak sekolah. Saya merasakan bahawa anak-anak perlu mempunyai sikap boleh berniaga & berkemahiran dlm sesuatu yg mereka minati. Kemahiran ini akan membantu mereka untuk menempuh masa depan. Jualan cupcake telah mendapat sambutan yang hangat daripada ibubapa, para guru dan kanak-kanak yang berkunjung di hari sukan sekolah TTDI Jaya. Inilah saja sumbangan yang dapat saya berikan kepada pihak sekolah di mana anak-anak saya mendapat ilmu dunia & akhirat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat