Tuesday, May 11, 2010

Tripple Celebration on Mother's Day!






Happy Birthday to Nurin Batrisyia & Azam Ammar. Dari pagi semalam saya telah sibuk di dapur menyediakan juadah untuk jamuan harijadi kedua-dua orang anak saya. Sepatutnya saya meraikan Hari Ibu tanpa perlu berbuat apa-apa. Demi anak yang kita sayangi...... apalah salahnya...

Birthday Nurin jatuh pada 5hb Mei manakala Azam pula pada 30hb Mac dan ianya tidak dapat disambut kera nenek Mok telah dimasukkan ke hospital. Maka semalam, kedua-duanya menyambut birthday dengan dihadiri ramai kawan-kawan Nurin juga sepupu-sepupunya yang turut sama meraikan Hari Ibu di rumah saya. Mak Mertua saya turut hadir. Jiran-jiran turut memeriahkan jamuan birthday tersebut. Saya menyediaan spaghetti bolognese, nasi himpit segera & kuah kacang, kepak ayam madu, sosej & nugget goreng ducucuk lidi, cream caramel & agar-agar merah. Ini adalah menu minum petang jamuan birthday. Simple saja.....

Kakak ipar saya pula datang dengan membawa lauk-pauk berserta nasi putih untuk dijamu semua orang. Rezeki datang bergolek...... rezeki jangan ditolak..... hehehe.... terima kasih daun keladi, birthday yang lain masak le lagi.

Nurin request kek Barbie sebab dia minat Barbie & Princess. Lalu saya belikan mahkota princess dan selempang yang tertera 'I'm the birthday girl' untuknya. Kek Azam pula angka nombor 4 melambangkan 4 tahun umurnya dan saya hiaskan dengan coklat berbentuk kereta. Si Azam sangat meminati kereta seperti Mini, BMW, Ferrari, Porsche dan lain-lain. Azam juga dapat hadiah daripada papanya iaitu ke F1 Sepang.

Walaupun keletihan, saya berasa gembira kerana anak-anak begitu seronok dengan jamuan birthday yang diadakan& banyak hadiah yang diterima. Lewat malam, anak-anak mengucapkan terima kasih & selamat Hari Ibu kepada mama mereka. Ungkapan 'I love u too' yang sering diucapkan setiap malam oleh anak-anak menjadi lebih bermakna kepada saya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua terutama kepada Mummy Alijah Kasim, Mak Mertua Minah Assan, adik saya Manjawati, kakak ipar Hamidah, Anita & Ibah serta adik ipar Intan, Lin, Mawar, Ina & Izan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MalaysiaOnlineShoppingDirectory.com

 

Copyright © 2012 Reserved to Manis Manja Design with love by CikBulat